in

Larry Ely Murillo-Moncada: Dilaporkan Hilang Pada 2009, Selepas 10 Tahun Akhirnya Mayat Dijumpai Rupa-rupanya…

Pasar Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Larry Ely Murillo-Moncada, 25, dilaporkan hilang oleh kedua ibu bapanya pada November 2009 di Council Bluffs, Iowa Amerika Syarikat. Larry ketika itu bekerja di sebuah pasar raya bernama No Frills dan kali terakhir orang tuanya berjumpa dengan dia adalah pada 28 November 2009.


Kehilangan Larry pada ketika itu menjadi bualan ramai di kawasan tersebut sehingga poster boleh dijumpai di mana-mana sekitar bandar tu. Namun, kerana terlalu sikit maklumat yang ada, mangsa tidak dijumpai dan kes itu ditutup.

Larry4
sumber: washington post

Tapi, menurut Washington Post, selepas 10 tahun kehilangannya mayat Larry dijumpai di pasar raya tempat dia bekerja dulu dan ujian DNA mengesahkan ianya sepadan dengan ibu bapa Larry.

 

Kali terakhir jumpa ibu bapa

Ibu Larry, Ana beritahu pada wartawan bahawa sehari sebelum anaknya dilaporkan hilang, remaja itu pulang ke rumah selepas habis kerja di pasar raya. Menurut Ana, anaknya itu nampak celaru.

Ana kemudian bawa Larry jumpa doktor dan dia diberi ubat antidepressant tapi ubat itu dikatakan tidak membantu. Kata Larry dia terdengar bunyi suara dan mula berhalusinasi.

Dia kata ada yang mengekori dia dan dia ketakutan.”

 

Tak pulang ke rumah

Selepas anaknya tak pulang, ibu bapa Larry laporkan kehilangan dia kepada pihak polis. Pencarian dimulakan namun hanya sedikit informasi diperolehi menyukarkan pihak polis untuk mencari Larry.

Poster dan gambar Larry juga mula ditampal di merata tempat sekitar bandar itu untuk meminta orang awam bantu mencari dan memberithau keberadaan Larry.

Larry1
sumber: metro

 

Kes ditutup, pasar raya henti operasi

Meskipun keluarga dan pihak undang-undang serta polis sudah bergabung dalam misi pencarian Larry namun remaja itu masih gagal dijumpai dan akhirnya kes ini diam begitu sahaja.

Pada tahun 2016, pasar raya No Frills tempat Larry bekerja tutup operasi sepenuhnya dan sejak itu premis tersebut terbiar begitu sahaja.

Larry2
sumber: daily nonpareil

 

Januari 2019 – penemuan mayat

Pekerja kontraktor telah diarahkan untuk membuang rak rak dan peti sejuk beku yang ada di dalam pasar raya tersebut. Ketika pekerja mengalihkan salah satu peti sejuk beku, mereka menjumpai mayat yang telah rosak di ruang antara dinding dan peti tersebut.

Larry5
gambar hiasan

Ruang itu dikatakan berukuran kira-kira 18 inci dan selepas mereka terjumpa mayat terbabit, pihak berkuasa segera dimaklumkan tentang penemuan itu.

Pertama kali dalam hidup sepanjang saya bekerja, saya jumpa mayat dalam keadaan sebegitu rupa,” Daniel, Pegawai Penyiasat.

Jurucakap polis berkata mayat itu ditemui di dalam lubang sedalam 45 sentimeter antara peti sejuk beku dan dinding. Mayat itu dikatakan sangat teruk sehingga ada bahagian yang dah terurai dan proses mengenal identiti secara visual sukar dilakukan. Pada ketika itulah Daniel terus terfikir mayat itu mungkin Larry yang dilaporkan hilang 10 tahun lepas.

 

Sah mayat Larry!

Menurut Kapten Todd Weddum dari jabatan polis, pakaian pada mayat itu sepadan dengan apa yang dipakai Larry ketika kali terakhir dia dilihat. Minggu lepas, ujian DNA ibu bapa Larry disahkan sepadan dengan mayat yang dijumpai.

Larry3
sumber: express uk

Pihak berkuasa percaya Larry mungkin terjatuh ke dalam lubang itu dan menjerit meminta tolong namun suaranya tak didengari kerana bunyi bising kompresor peti sejuk beku itu terlalu kuat.

 

Dekat dengan rumah sebenarnya

Pihak polis mengumumkan bahawa mayat Larry selama ni hanya kurang satu batu dari rumahnya. Rupa-rupanya, mayatnya berada di dalam pasar raya dia bekerja dulu — di belakang peti sejuk beku.

Kes seperti ini sangat jarang berlaku, terdapat banyak kes kehilangan selama ini tapi kes Larry memang unik.”

Larry6
sumber: yahoo

Lama tuuuu 10 tahun. Mesti family dah pasrah je, tup tup jumpa mayat!

Baca: “Kami dah lama reda” – Akhirnya Terjawab! Keluarga Mangsa ‘Rangka Dalam Tangki Air’ Syukur Boleh Urus Kebumi Mayat

Rangka Dalam Tangki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.