in

Laporan Forensik Zara Qairina Mungkin Siap Paling Lambat 2 Bulan, Ini Mungkin Sebabnya

forensik zara qairina lama 2 bulan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam satu laporan berita semalam, peguam Shahlan Jufri yang mewakili keluarga adik Zara Qairina Mahathir, 13 ada menyatakan bahawa laporan bedah siasat yang disediakan oleh pasukan forensik akan disiapkan paling lewat dalam tempoh dua bulan.

Menurutnya, pihak berkenaan tidak menyatakan tempoh tepat bila laporan itu boleh disiapkan dan hal ini juga kerana ia melibatkan beberapa pakar serta semua pakar ini akan berbincang sebelum memuktamadkan laporan bedah siasat tersebut, lapor Harian Metro.


Shahlan Jufri 1754869618

Namun ramai juga di media sosial yang tertanya-tanya, kenapa sampai dua bulan? Mengapakah prosesnya begitu lama hingga menyebabkan ia perlu mengambil masa sehingga 60 hari?

2 bulan 1 down

Ini mungkin sebab-sebabnya… 

Artikel berkaitan: 8 Jam Saksikan Bedah Siasat, Peguam Sahkan Memang Ada Kecederaan Pada Jasad Zara Qairina

Artikel berkaitan: 2 Laporan Imbasan CT Jasad Zara Qairina Akan Dihantar Ke Hospital Di Semenanjung Untuk Dibuat Perbandingan

1. Tempoh Turnaround Time (TAT) yang lama 

Turnaround Time atau TAT merupakan tempoh masa sebuah sampel untuk dianalisa daripada momen ia diambil hinggalah keputusan mengenainya keluar, menurut sebuah jurnal dari Omari, Manyele dan Mwaluko (2018).

Kelewatan boleh berlaku pada mana-mana stage analisa, termasuklah ketika proses mengambil sampel, pengurusan sampel dan ketika menginterpretasi keputusan.

2. Tahap pengesahan dan kepentingan kualiti 

Setiap keputusan forensik haruslah melalui prosedur, protokol dan pengurusan kualiti yang ketat agar ia boleh digunakan sebagai bukti sah di mahkamah. Organisasi seperti International Forensic Strategic Alliance (IFSA) menekankan keperluan minimum dalam aspek personel, peralatan, protokol dan kawalan kualiti.

Di Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia, melalui Pusat Analisis Sains Forensik, mengamalkan piawaian antarabangsa ISO 17025:2017 dalam semua analisis forensik untuk memastikan ketepatan dan proses ini mengambil masa yang lama.

jabatan kimia malaysia cover

3. Ciri kompleks dalam kes 

Terdapat juga kes yang memerlukan analisis yang meluas, sampel yang banyak atau teknik khusus secara semula jadi yang boleh mengambil masa yang lama untuk diproses, menurut Bahagian Forensik ETSU.

Tambah pula kes adik Zara yang mana mayatnya harus digali semula dan laporan bedah siasat dilakukan kembali selepas 24 hari jenazah mangsa dikebumikan. Ia pasti merumitkan, bukan?

Mengambil contoh kes-kes lain yang melibatkan laporan forensik, antara contoh yang terdekat adalah kes Nur Farah Kartini yang mana laporan kimia bagi bedah siasat itu memerlukan masa yang lebih untuk diselesaikan.

Bagi kes ini, Timbalan Pendakwa Raya Eirene Nabila Amani Williams telah memohon satu tarikh untuk sebutan semula kes dan pihak mahkamah telah menetapkan 10 Disember 2024 sebagai tarikh serahan laporan kimia dan bedah siasat, yang mana ia merupakan dua bulan tarikh permohonan tersebut (7 Oktober 2024).

Oleh itu, dinasihatkan para netizen sebagai pemerhati kepada kes ini untuk tidak tergesa-gesa membuat pelbagai konklusi berkenaan kes Zara Qairina dan biarkan pihak berwajib menjalankan tugas mereka.

Cepat atau lambat kebenaran mengenai kes ini pasti akan terbongkar.

Sumber: Harian Metro, Pusat Analisis Sains Forensik, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.