in

Langgar Peraturan Covid-19, Lelaki Maut Lepas Didenda Ketuk Ketampi 300 Kali

Ft Mautsquat

Seorang lelaki dari Filipina maut selepas dipercayai dipaksa untuk melakukan ketuk ketampi sebanyak 300 kali sebagai hukuman melanggar peraturan Covid-19. Menurut laporan, Darren Manaog Peñaredondo, 28, telah ditangkap ketika keluar dari rumah selepas waktu yang dibenarkan pada 1 April lepas.

Darren telah keluar pada waktu yang tidak dibenarkan untuk membeli air di bandar General Trias, di wilayah Cavite. Difahamkan wilayah itu melaksanakan peraturan perintah berkurung COvid-19 di mana penduduk tidak dibenarkan keluar dari rumah dari jam 6 petang hingga 5 pagi.

Squat3

Squat4

Justeru itu, Darren dan seorang lelaki lain yang dipercayai turut melanggar peraturan kuarantin Covid-19 diberikan hukuman. Menurut isteri Darren, Reichelyn Balce, kedua-dua lelaki telah dibawa ke Plaza Malabon berdekatan dewan perbandaran dan diarahkan untuk melakukan senaman tekan tubi sebanyak 100 kali.

Terdapat laporan mengatakan pihak berkuasa didakwa telah memaksa mereka ulang melakukan senaman terbabit jika pergerakan tidak selari. Menerusi Facebook, Reichelyn berkata suaminya dan lelaki itu turut melakukan senaman squat sebanyak 300 kali.

Fitness Squat Gif By 8Fit

Squat5

Ketika pulang ke rumah keesokan harinya pada jam 8 pagi, Darren dilaporkan hampir tidak dapat bergerak kerana terlalu penat. Malah, dia sempat memberitahu Reichelyn bahawa dia jatuh beberapa kali ketika melakukan senaman tersebut.

Sepanjang hari itu, dia kesukaran untuk berjalan dan hanya merangkak.”

Pada hari yang sama juga, Darren mula mengalami sawan dan jantungnya terhenti. Namun, dia kembali bernafas untuk seketika tetapi meninggal dunia kira-kira jam 10 malam itu.

Melalui sebuah video yang dimuat naik di NY Post, Darren dilihat terduduk di anak tangga dalam keadaan lemah dan tidak mampu berdiri sambil memegang kakinya beberapa kali. Wanita yang merakam video tersebut dipercayai isterinya didengari ketawa kerana tidak menyangka keadaannya benar-benar serius.

Saya tidak ambil serius kerana dia beritahu lutut dan pahanya terasa sakit, begitu juga badannya.”

Menerusi Facebook, Datuk Bandar, Jeneral Trias Antonio Ferrer telah mengeluarkan kenyataan dan katanya susulan kematian Darren itu, pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan. Ketua Polis Bandar Marlo Nillo Solero pula berkata, tiada hukuman sebegitu diberikan kepada mereka yang melanggar peraturan Covid-19, sebaliknya pihak berkuasa hanya memberikan nasihat sahaja.

Baca: Nafi Lebihkan Golongan Atasan, Pihak Polis Dah Buka 12 Kertas Siasatan Kes VVIP Langgar SOP

Collage 65

Sumber: NY Post
Sumber: EastMojo
Sumber: NY Post