in

“Lama tak ride tu bang” – [VIDEO] Pemuda Isi Minyak Pakai Diesel, Member Sepakat Terbalikkan Motor

Page2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, pasti ramai penggemar motosikal sudah kembali berkonvoi secara berkumpulan di lebuh raya. Biasanya golongan yang menggemari aktiviti ride ini akan menaiki motosikal masing-masing untuk pergi ke satu destinasi pelancongan.


Melalui perkongsian di laman Tiktok dari akaun @nako.detailing, sekumpulan pemuda dilihat sedang mengangkat sebuah motosikal dalam keadaan mengiring dan menuang minyak pada motor tersebut di jalan raya. Aik, dah kenapa pulak?

@nako.detailing

Balas kepada @traitor153 tk fyp pon Xpa ?#HowLowCanYouGoLazada1111 #fyp ckup ⛔️3k ?like nak bagi kt kwn kita ni free coating lampu #nakodetailing

♬ bunyi asal – Fikri Wahab – Fikri Wahab

Rupa-rupanya, pemilik motosikal tersebut dikatakan tersalah isi minyak jenis diesel pada motornya. Alamak, lama sangat tak keluar ride tu, bang.

Oleh itu, rakan-rakan pemuda itu berpakat untuk mengangkat motor tersebut beramai-ramai dari setiap sudut untuk membuang semula minyak diesel yang disalah isi tadi. Hal ini kerana minyak diesel tidak sesuai untuk digunakan untuk kenderaan ringan termasuk kereta dan motosikal.

Motor yang diisi dengan minyak diesel secara tidak sengaja berkemungkinan besar tidak dapat dihidupkan. Ini kerana diesel memerlukan mampatan yang tinggi untuk menyala. Jika motor tersebut terus dicuba untuk dihidupkan, ia mungkin akan mengakibatkan kerosakan.

Video tersebut tular di Tiktok dengan jumlah melebihi 500 ribu tontonan dan lebih 30 ribu like. Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat sekumpulan lelaki itu. Namun, ada juga netizen tak puas hati dengan tindakan mereka membuang minyak diesel itu.

C Capture V X Z

Macam mana kalau korang dalam situasi yang sama? Adakah korang akan buat benda yang sama?

Sumber: Tiktok

Baca: “Jarang berlaku ni” – Netizen Teruja Tengok Mat Moto Tolong ‘Towing’ Motosikal Polis Trafik

Capture

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.