“Lain kali kalau bawak Proton Wira, tak payah datang!” – Rakan Wanita

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dah biasa dah tengok orang Malaysia ni yang pandang status hidup berdasarkan kereta yang dibawa. Tapi tak sangka pulak sampai macam ni sekali.

Baru-baru ni menurut WORLD OF BUZZ, seorang lelaki dah berkongsi kekecewaan di Facebook bila rakan wanita dia enggan naik kereta Proton Wira miliknya. Amboi!

Sumber: WOB

Dalam perkongsiannya, dia berkata,

“Baru kejap tadi saya memandu kereta Proton Wira untuk menjemput rakan saya di tempat kerja. Bila saya tiba, saya tekan hon beberapa kali untuk memberitahu yang saya dah sampai. Tapi bila dia nampak saya, dia buat-buat tak kenal.”

Dia siap mesej saya dan beritahu lain kali kalau saya bawak Proton Wira, saya tak payah datang jemputnya.”

“Kereta ni saya dah bawak dari Johor ke Penang dan patah balik. Saya boleh naik ke Genting Highlands tanpa sebarang masalah. Lagipun, air-cond kereta saya masih sejuk dan siapa yang naik kereta saya akan terlindung. Saya tak faham kenapa dia tak nak naik kereta saya.”

Gambar hiasan

Tiba-tiba kata dah book Grab

Bila ditanya kenapa tak nak naik keretanya, wanita tu langsung tak menjawab soalan dan memberitahu yang dia dah pun book untuk naik Grab. Terkejut, lelaki itu memberitahu,

“Saya dah sampai depan tempat kerja awak tapi awak lebih sanggup naik Grab daripada naik kereta saya? Proton Wira saya ni memalukan ke?”

Ramai yang simpati selepas membaca entri lelaki tersebut serta kecam wanita tu yang dikatakan terlalu materialistik, Ada juga yang lega sebab wanita itu hanya rakan dan bukan kekasihnya.

Janganlah judge orang lain sampai tak nak naik keretanya. Proton Wira kereta yang hebat jugak tau, support kereta local! 

Baca: Model Popular Thailand Tak Kisah Kekasih Pemandu Tuk-tuk

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.