Baru-baru ini, lagu ‘Cinta Tersimpul Rapi’ kembali menjadi siulan ramai apabila lagu yang asalnya dinyanyikan oleh Anis Suraya itu datang dengan versi yang lebih catchy.
Lagu yang ‘diolah’ semula oleh pencipta kandungan yang dikenali sebagai Janeinheaven ini dilihat telah digunakan dan dimainkan di merata tempat. Bagaimanapun, lagu versi baharu itu kini terpaksa diturunkan kerana timbul isu hak cipta.
Artikel berkaitan : Dato’ AC Tampil Bagi Penjelasan Mudah Kenapa Tiada Masalah Persembahkan Lagu Tanpa Perlu Keizinan Komposer Lain
Artikel berkaitan : Tiada Lesen Sah, Pempengaruh Jual Piza Wagyu Dalam MPV Dikompaun
Menurut Jane, pihaknya kini akur dengan perkara tersebut dan mengakui kesilapannya kerana menggunakan karya milik orang lain.
“Saya akur dengan situasi ini dan mengakui salah silap daripada pihak saya. Niat asal hanyalah sekadar bereksperimentasi dengan AI dan mengembalikan lagu-lagu lama dengan penyampaian berbeza.”
“Namun saya akur niat tidak menghalalkan cara dan saya akan terus menyokong industri muzik tanah air.”
“Segala sokongan dan penerimaan daripada kalian dan orang ramai sebenarnya di luar jangkaan saya.”

“Saluran tersebut hanyalah ruang kecil untuk saya berkongsi rasa dan hargai semua sokongan. Sekali lagi saya mohon maaf atas salah dan silap daripada pihak Janeinheaven.”
“Kepada yang mesej, terima kasih atas semua kasih sayang daripada kalian sekali gus mengetepikan semua kebencian yang diterima.”
“Mohon maaf sekali lagi jika tak dapat realisasikan semua permintaan untuk raya ini termasuk juga kalau ada lagu kegemaran yang sudah hilang daripada saluran janeinheaven.”
Lagu ciptaan komposer Azmeer manakala lirik oleh Lukhman S yang dilancarkan pada tahun 1999 ini mula popular kembali setelah Janeinheaven memuat naik lagu tersebut pada Disember lalu dan meraih jutaan tontonan di YouTube. Bahkan, sambutan hangat itu dilihat diterima positif oleh penyanyi asal, Anis Suraya yang menyanyikan lagu tersebut itu versi baharu ini.
@soffi1098 💓💓💓#cintatersimpulrapi #anissuraya #janeinheaven @Anis Suraya Official 💗💗 2026
