in

“Lagi laju dari Anak Jantan!” – Rekod Kebangsaan 200m Pecut Diperbaharui di Australia

Lariii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Khairul Hafiz Jantan adalah nama yang tidak asing lagi dalam sukan Track & Field, dalam kategori acara pecut. Mula mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 200m pecut dengan mencatat masa 20.90 saat. Sekaligus memadam rekod kebangsaan untuk 49 tahun dalam acara yang sama yang dipegang oleh M. Jegathesan dengan 20.92 saat.


Walaubagaimanpun, Malaysia mendapat perkhabaran gembira apabila seorang lagi atlet pecut negara berjaya memecahkan rekod Khairul Hafiz Jantan dalam acara yang sama. Russel Alexander Nasir Taib adalah orangnya.

20.77 saat

20.77 saat adalah rekod catatan masa terbaru yang kini dipegang oleh Russel Alexander Nasir Taib. Atlet yang berdarah campuran Malaysia-Australia itu mencatatkan rekod tersebut pada Kejohanan Queensland Track Classic di Brisbane, Australia. Laju beb 20.77 saat tu!

Russel Taib 03 16 Lilly Castle
Sumber: russeltaib. Com

Walaupun berada pada kedudukan kedua dalam kejohanan ini, rekod yang berjaya dipecahkan Russel adalah yang menjadi bualan sekarang ini. Kalau macam ni punya power, boleh lah kita menang banyak emas untuk Sukan Sea nanti.

Russel Taib 200M 20.77
Sumber: adriansprints. Com

Hampir Pecah Rekod

Sebelum ini Russel Taib hampir memecahkan rekod Khairul Hafiz Jantan di Kejohanan Olahraga Shield Series di Pusat Olahraga dan Sukan Queensland, Australia. Beliau hanya berjaya mencatatkan masa 20.94 saat, beza 0.04 saat je dari rekod Khairul Hafiz dalam kejohanan awal tahun baru ni.

Russel Taib 05A 16 Lilly Castle
Sumber: russeltaib. Com

Kami di Lobak Merah mengucapkan beribu-ribu tahniah kepada Russel Taib kerana mengharumkan nama negara. Tahniah!

Yeay dah bertambah prospek baru sukan pecut Malaysia. Harap lepas ni akan ada ramai lagi  The Flash akan lahir yang secara tak langsung akan menguatkan lagi skuad negara kita.

 

Baca: Ini Dia Hero Kita! Bukan Saja Dapat Pingat Emas, Ridzuan Puzi Juga Pecah Rekod Dunia

Screen Shot 2019 03 24 At 1.22.10 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.