in

Lagenda Catur Dunia Saman Siri Netflix Queen’s Gambit, Dakwa Salah Sebut Fakta

3Qg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini yang pernah tengok siri Netflix Queen’s Gambit? Kita yang tak mahir catur pun mesti rasa inspired  lepas tengok siri tu kan, tiba-tiba rasa nak main catur walaupun tak berapa faham peraturan dia kan.


Baru-baru ini lagenda catur dunia, Nona Gaprindashvili telah menfailkan saman terhadap siri Netflix itu berikutan tersalah menyebut fakta mengenai dirinya dalam salah satu episod yang disiarkan.

Screenshot 2021 09 18 At 3.56.54 Pm

Menurut laporan BBC, Gaprindashvili menyaman Netflix sebanyak $5 million selepas siri itu mendakwa beliau tidak pernah menentang dengan lawan lelaki sepanjang kariernya. Gaprindashvili menyelar kenyataan itu dan berkata dakwaan itu sangat seksis dan merendahkan maruahnya.

Dalam episod akhir siri Netflix Queen’s Gambit, pengulas berkata mengenai perlawanan akhir watak fiksyen yang dilakonkan Anya Taylor-Joy.

“Satu-satunya perkara luar biasa mengenai dirinya adalah jantinanya, dan itu tidak unik di sini (Russia). Di sini ada Nora Gaprindashvili, juara dunia wanita dan tidak pernah menentang lawan lelaki”

Screenshot 2021 09 18 At 4.10.15 PmWalaupun siri ini adalah sekadar penceritaan secara fiksyen, nama Nona Gaprindashvili disebut dan beliau merasa sedih mengetahui bahawa siri Netflix itu telah menghapuskan banyak kejayaannya menentang lawan lelaki sepanjang karier caturnya.

Dalam pada itu, Netflix mengatakan pihaknya sangat menghormati lagenda catur dunia itu tetapi tuduhan Gaprindashvili itu tidak berasas.

Screenshot 2021 09 18 At 3.55.23 PmLagenda catur dunia yang kini berusia 80 tahun itu dalam satu kenyataan lain berkata, beliau amat terkejut dan kenyataan pihak Netflix dalam siri itu agak memalukan.

Untuk rekod, Gaprindashvili adalah wanita pertama yang dinobatkan sebagai grandmaster. Lagenda catur dunia yang kini berusia 80 tahun.

 

Baca: Pemain Catur Muda Mauritania Tarik Diri Selepas Enggan Bertemu Lawan Dari Israel

Screenshot 2021 09 18 At 4.30.22 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.