in

“Laa baru nak kecam” – [VIDEO] Warganet ‘Terciduk’ Disangka Stacy Selak Baju Sampai Nampak Bahu, Rupanya…

Fi Stacy Selak Baju Nmpk Bahu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dibenarkan mengambil gambar serta merakam video semasa proses vaksinasi, ramai yang ambil peluang untuk simpan momen tersebut untuk dijadikan kenangan.


Selain itu juga, kita juga dinasihatkan untuk pakai pakaian yang sesuai supaya tak terjadi lah macam situasi yang min nak kongsi kali ni.

 

Stacy selak baju nampak bahu?

Baru-baru ini, penyanyi terkenal Stacy ada memuat naik video di Instagram storynya dan tanpa disangka-sangka ia menjadi bualan ramai.

Menerusi perkongsian semula oleh @Ciknacomel, kelihatan terdapat susuk tubuh yang dah menyelak baju hingga mendedahkan bahagian bahunya. Jika tak dilihat dengan teliti, ramai yang menganggap bahawa individu itu ialah Stacy sendiri.

Stacy Selak Baju Nmpk Bahu 1

Dengan rambut yang panjang, berkulit putih, dan tubuh badan yang kurus memang tak tumpah seperti penyanyi itu jika dilihat sepintas lalu. Namun tekaan ramai itu nyata salah, apabila rupanya Stacy sedang merakam gelagat suaminya Akim Ahmad yang tengah tunggu suntikan vaksin kedua mereka bersama-sama.

Selepas ditegur Stacy, Akim gelak dan terus menoleh pada isterinya sambil menyatakan yang dia tersalah pilih baju untuk datang ke PPV berkenaan. Anggap perkara itu sebagai suatu yang lucu, Stacy terus mengusik Akim sampai dia kelihatan malu.

“Dia sengaja pakai baju tak sesuai lah ni, nak menggoda doktor” ujar Stacy sambil bergurau.

Perkongsian itu dah dapat perhatian ramai, dan sehingga kini video berkenaan meraih lebih dari 240k views di TikTok.

@rbeauty20

Suami isteri kelakar..haha #artismalaysia #vaksin #vaksincovid19 #covid19 #staysafe #fypシ

♬ original sound – Ciknacomel – Ciknacomel

 

“Dah la rambut sama pjg, igtkan perempuan”

Menerusi tinjauan di ruangan komen, ternyata ramai netizen yang ‘tertipu’ dengan tak menyangka bahawa itu ialah Akim sebenarnya. Di samping itu ada juga yang bergurau, dengan berkata nak kecam sebab tak tengok video itu sampai habis. Siapa lagi yang tertipu macam min? 

Reak Stacy Selak Baju Nmpk Bahu 1 Edit Reak Stacy Selak Baju Nmpk Bahu 2 Edit Reak Stacy Selak Baju Nmpk Bahu 3 Edit

Uish nasib baik Akim toleh, kalau tak tu dah jadi bualan dengan makcik-makcik bawang. Hehehe

 

Baca : “Kau rasa kau siapa si*l?” – Akim Ahmad Mengamuk Dengan Pelakon ‘Cameo’ MV Asal Lagu Rampas?

Foot Stacy Selak Baju Nmpk Bahu

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.