in

La maison dans la Loire: Ingatkan Rumah Ini Hanyut Sebab Banjir Tapi Rupanya…

La Maison Dans La Loire Ingatkan Rumah Ini Hanyut Sebab Banjir Tapi Rupanya...

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sekali pandang, rumah tiga tingkat di Perancis ini mungkin buatkan anda terfikir yang ia sebenarnya telah dihanyutkan arus banjir yang deras.


Tapi sebenarnya, rumah yang dikenali sebagai La maison dans la Loire ini sememangnya sengaja dibina di kawasan itu dan merupakan hasil seni Jean-Luc Courcoult.

Loire E1615089700575

La maison dans la Loire atau boleh diterjemahkan kepada Rumah di Loire ini merupakan sebahagian daripada Estuaire Art Exhibition pada 2007. Hasil seni Jean-Luc Courcoult ini dibina dengan mengambil inspirasi daripada kawasan di sekitar Sungai Loire.

Untuk pengetahuan anda, rumah terbiar ini adalah replika sebuah rumah penginapan di Lavau-Sur-Loire yang kini sudah menjadi kedai pankek.

House In Loure E1615089812172

Pada mulanya, La maison dans la Loire ini dibina di tebing kanan Sungai Loire. Namun begitu, arus deras dan paras air yang tinggi menyebabkan rumah itu terpaksa dipindahkan berdekatan tebing kiri sungai.

Bagi memastikan ia tidak lagi hanyut dibawa arus, rumah itu sudah ‘dipasakkan’ ke dasar Sungai Loire.

Ada misteri tersendiri

Walaupun La maison dans la Loire kini menjadi antara tarikan utama river cruise di Loire, rumah ini dilaporkan mempunyai misterinya yang tersendiri.

Selain dianggap aneh kerana lokasinya, suasana menjadi lebih menyeramkan pada waktu malam apabila bunyi-bunyian boleh didengari daripada tingkap rumah terbiar itu terutama sekali apabila angin bertiup kuat.

Loire 1 E1615089996792

Namun begitu, misteri terbesar yang menyelubungi La maison dans la Loire sudah semestinya lampu di sebuah bilik di dalam rumah itu yang dikatakan sering bernyala pada waktu malam.

Sumber: Oddity Central

Baca: “Macam cendawan” – Tak Jejak Tanah, Rumah Unik Di Jepun Ini Hanya Dibina Di Atas Tangga

Deature 4 E1615088712769

Sumber: Quest-France

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.