in

“Beri kelonggaran kepada yang terdesak” – Netizen Sokong Cadangan Najib Razak Beri Pengeluaran One-Off KWSP Akaun 1

Najib9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan kesukaran bagi pihak kerajaan untuk membenarkan pengeluaran KWSP akaun 1 semestinya menghampakan segelintir rakyat.


Lebih-lebih lagi kepada golongan b40 yang kehilangan pekerjaan dan tiada pendapatan lain selain meniaga.

Mengulas kenyataan itu, Najib Razak telah memohon supaya TS Muhyiddin pertimbangkan kembali isu pengeluaran tersebut.

Berikut adalah cadangan beliau dalam posting Facebook peribadinya:

  1. Pertimbangkan untuk pencarum keluarkan duit sekarang pada masa paling terdesak dan membenarkan serta menggalakkan pencarum top-up semula pada masa depan apabila keadaan pulih
  2. Bukan keluarkan semua tapi hadkan kepada pengeluaran “one-off” sehingga RM10k.

 

Tambahnya,

Kerajaan juga boleh memastikan KWSP diberikan peluang dengan pelbagai projek untuk untung besar pada masa hadapan untuk memberi pulangan lebih besar kepada pencarum demi memulihkan baki akaun KWSP seperti apa yang kerajaan BN buat dahulu dengan projek Kwasa Damansara, pemilikan kepentingan 49% dalam PLUS dan projek Battersea UK.

 

Rata-rata warganet bersetuju dengan cadangan tersebut dan ada yang berpendapat pengeluaran ini dibenarkan bagi yang betul-betul memerlukan sahaja.

Najib3

Najib4

Najib5

Apa pendapat korang?

 

Baca : “Ramai yang teks saya” – PM Jelaskan Kenapa Kerajaan Susah Nak Bagi Keluar Duit Akaun 1 KWSP

Akaun1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.