in

“Kuwek2 gigit!” – Comel! Si Kecil Jenuh Beritahu Kena Gigit Hamster, Family Pula Ingat Itik

Page Adik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita bercakap mengenai adik-adik kecil yang baru nak mula bertutur dengan jelas, mesti kita akan cuba sedaya upaya untuk fahamkan setiap perkataan yang disebut.


Kadang-kadang perkataan yang disebutkan itu memberi maksud lain, tapi apa yang kita faham tak sama dengan si kecil maksudkan.

Seperti satu video yang dikongsikan di TikTok menerusi akaun @rihanazkhir, yang mana kelihatan si kecil yang sedang menangis kerana digigit oleh seekor haiwan. Tetapi, haiwan yang disebutkan menjadi persoalan ahli keluarganya. Lah, apa pulak tu?

@rihanazkhir

Kenangan di kampung.? INGATKAN ITIK,RUPANYA TIKUS! #fypシ #foryoupage #digigittikus #foryou #AmaniAmanda

♬ bunyi asal – NurRihan – NurRihan

“Kuwek2 gigit! Kakak gigit kuwet2!” – Si kecil dalam video

Ternyata, adik itu digigit oleh seekor tikus tetapi disebabkan si kecil itu menggunakan istilah ‘kuwek-kuwek’, ahli keluarganya ingatkan bahawa dia telah digigit dengan itik. Berulang kali juga adik tu sebut benda yang sama. Geram agaknya bila family tak faham. Hahaha…

Gelagat comel itu telah mendapat perhatian netizen di bahagian komen yang rata-rata turut menceritakan bahawa ahli keluarga mereka juga pernah mengalami kesukaran untuk bertutur ketika masih kecil.

Tiktok Full

Difahamkan, kejadian itu berlaku kerana dia sangkakan tikus itu sebagai hamster. Disebabkan dia terlalu teruja, dia bertindak dengan mengejar dan memegang tikus itu dan digigit dengan tikus tersebut.

Pemilik akaun TikTok juga memberitahu di bahagian komen yang adik comel itu telah dibawa ke klinik dan doktor memberitahu bahawa tiada kejadian yang serius dari insiden tersebut.

Comel betul lah awak ni… Min terhibur jadinya… Hihi… Semoga cepat sembuh okay?

Baca: “Kat rumah mesti mak dia selalu guna” – [VIDEO] Anak Murid Menangis Bila Kena ‘Aipp’, Cikgu Terus Gelabah Nak Pujuk!

Untitled 2 3

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.