Sejak akhir-akhir ini nama Zul Ariffin begitu popular khususnya dalam laman media sosial selepas dia mengaku bersalah memuatnaik kandungan sumbang dan dikenakan denda RM30,000.
Bagaimanapun dalam kenyataannya kepada media seoalah-olah ada memberi hint yang dia diarahkan untuk membuat posting tersebut dan sehingga kini isu itu dilihat seakan masih tidak selesai.
Kurangkan makan cili, nanti menggelupur
Terbaru dalam tweet yang dimuatnaik Zul Ariffin, dia ada memberi pesanan kepada pengikutnya agar sentiasa jaga diri dan jaga permakanan kurangkan makan pedas, juga sentiasa banyakkan minum air.
Salam,, Have a good day everyone, eat well, kurangkan makan 🌶 , nanti menggelupur.. drink more water ok, good for your health 😊🤲🏻
— zul ariffin (@zul_ariffin86) October 5, 2022
Membaca tweet tersebut, ramai yang dapat rasakan bahawa Zul Ariffin sedang tujukan kepada seseorang dan mungkin ia dikaitkan dengan kontroversi yang terjadi kepadanya baru-baru ini.
Zul sebelum ini ada memberikan satu komen sinis dengan menyindir segelintir pihak yang dikatakan jadi ‘malaikat’ dan memberi pesanan agar tidak ikut kata segelintir orang jika disuruh muat naik video untuk tujuan promosi.
Terpanggil dengan dakwaan itu, Erma Fatima selaku penerbit bagi drama yang terpalit kontroversi itu memberi respon berkenaan dengan isu tersebut.
Baca : “Siapa suruh?” – Erma Fatima Respon Dakwaan Zul Ariffin Isu Upload Video Aksi Panas