in

Kumpul Stokin Busuk Sebagai Koleksi, Lelaki Ini Miliki Hobi Lain Daripada Yang Lain

F4 Stokin St

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sering juga kita dengar orang suka beli stokin banyak-banyak untuk dijadikan koleksi. Lagipun kalau stokin tu dibeli dari platform online seperti Shopee atau Lazada, harganya pun murah kalau beli ketika ada sale. Namun, ini kali pertama min dengar sebenarnya ada individu yang gemar kumpul stokin busuk sebagai koleksi!


Menurut laman web Wionews, seorang ahli perniagaan di United Kingdom berkongsi minatnya yang lain daripada lain itu dengan Hull Live. Selain itu, dia juga suka menghidu bau stokin berkenaan sehingga sanggup mengeluarkan wang yang agak banyak untuk membeli stokin yang berbau.

Socks St 2
Gambar sekadar hiasan

Hanya mahu dikenali sebagai Encik D (bukan nama sebenar), cara individu berkenaan mendapatkan koleksi stokin busuk juga agak unik di mana dia akan menghantar mesej secara rawak kepada mana-mana individu menerusi DM di media sosial.

Sesiapa yang nak jual stokin kepada Mr D juga perlu pastikan yang stokin tu kotor dan tak dibasuh. Menurut lelaki ini sendiri, dia tak rasa bahawa hobinya itu pelik dan dia juga menganggap bahawa dirinya adalah manusia normal.

Photo 2021 09 11 17 48 54
Gambar sekadar hiasan

Katanya, dia juga tak kisah untuk beli dengan harga yang lebih tinggi sehingga £40 (kira-kira RM228) untuk empat atau lima pasang stokin yang berbau.

Macam mana lah dia boleh tahan dengan bau stokin ni? Apa pulak hobi yang paling pelik yang pernah korang jumpa? 

Sumber: Wionews

Baca: “Tu pun nak simpan?”- Ini 5 Individu Yang Simpan Koleksi Peribadi Paling Pelik Di Dunia

Socks St 1

Sumber: Lobak Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.