in

Kuala Lumpur Dibanjiri Geng Basikal Sempena Massa Kritikal, Apa Itu Massa Kritikal?

Cats 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aktiviti berbasikal dilihat semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana ia sesuai untuk dimainkan oleh lelaki mahupun wanita. Oleh sebab aktiviti ini mendapat sambutan orang ramai, mereka yang bermain basikal kini digelar ‘geng basikal’ oleh rakyat Malaysia.


Pada 28 Ogos yang lepas, Kuala Lumpur menjadi meriah apabila geng basikal memenuhi kota raya ini dengan berbasikal secara beramai-ramai. Dilaporkan, ratusan basikal membanjiri sekitar Bukit Bintang dan Masjid Jamek.

1 Jeffrey

2 Jeff

Menurut sumber, aktiviti ini adalah sempena kempen Massa Kritikal di mana sesiapa yang berminat untuk berbasikal bersama-sama boleh turut serta.

Sempena Massa Kritikal yang lalu, Geng basikal mula berkumpul di LRT Ampang Park dan bergerak sekitar Kuala Lumpur melalui beberapa destinasi sehingga ke lokasi terakhir iaitu Dataran Merdeka.

118217949 3622983267719833 3003616072461926272 O

Persoalannya di sini, mengapa geng basikal memenuhi sekitar Kuala Lumpur dan apa itu Massa Kritial?

Massa Kritikal adalah satu bentuk aktiviti di mana mereka yang minat berbasikal akan berkumpul di satu lokasi pada waktu yang ditetapkan dan melakukan aktiviti berbasikal bersama-sama.

Ini adalah bertujuan untuk mewujudkan suasana selamat dan harmoni di antara penunggang basikal, di samping memberi kesedaran kepada orang awam tentang kebaikan aktiviti berbasikal.

Berikut adalah beberapa perkongsian mereka yang turut serta pada Massa Kritikal beberapa hari lalu. Ramai betul!

3 Yellow Bike

5 3

Adakah Kuala Lumpur bakal menjadi bandar bebas kereta dan penduduknya menggunakan basikal pada masa hadapan?

Buat anda yang mahu berjinak-jinak dengan aktiviti berbasikal, jaga keselamatan anda dengan tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain. 

Kredit: Jeffrey J C Lim, Yellow Bike Company

 

BACA: Rider Meninggal Dunia Lepas Muka ‘Melekat’ Pada Belakang Lori Di Lebuhraya DUKE

Cats 20

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.