Kru Kabin AirAsia Berjaya Tangkap Lelaki Curi Duit Para Penumpang Ketika Penerbangan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kejadian jenayah di lapangan terbang ibarat sudah menjadi perkara biasa sehinggakan orang ramai berkali-kali diingatkan untuk berhati-hati sewaktu berada di situ. Walau bagaimanapun, rupa-rupanya kecurian sewaktu penerbangan juga sudah mula menular.

Baru-baru ini entri seorang lelaki yang merupakan penumpang AirAsia menjadi tular gara-gara tidak puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak penerbangan berkenaan. Namun, terbaru, seorang penumpang telah memuji tindakan kru kabin dan pekerja AirAsia yang berjaya menangkap pencuri duit para pelanggan mereka.

Sumber: Facebook

Menurut entri Facebook mangsa kecurian, Mathyalagan Pathmanathan, dia menaiki kapal terbang AK46 dari Colombo ke Kuala Lumpur semalam. Setiba di KLIA2, Mathyalagan telah membuka beg untuk mengeluarkan dua beg duitnya yang mengandungi RM1,600 dan RPS85,000.

Walau bagaimanapun, dia menyedari kedua-dua beg duitnya sudah tiada. Lelaki itu kemudian terus memaklumkan kepada kru kabin bahawa duitnya telah dicuri di dalam penerbangan dengan harapan mereka dapat membantu memeriksa penumpang lain yang berada dalam penerbangan yang sama.

Gambar hiasan

Mathyalagan juga memberitahu bahawa oleh kerana tempat duduknya di kerusi 1A, dia terpaksa meletakkan begnya di barisan keempat di mana terdapat seorang lelaki Cina yang kelihatan mencurigakan. Kru kabin yang bertugas kemudian turut mengesahkan bahawa lelaki tersebut sering bangun dari tempat duduk dan membuka ruang menyimpan barang di situ.

Sumber: Facebook

Kru kabin kemudian memaklumkan kepada kapten sebelum mereka mencari lelaki berkenaan. Kata Mathyalagan, mereka bernasib baik kerana kru senior bernama Saiful dapat mengecam muka pencuri tersebut dan meminta lelaki itu untuk membuka beg.

Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati beg tersebut mengandungi banyak wang tunai dan ianya daripada pelbagai jenis mata wang!

Sumber: Facebook

Mereka kemudian memintanya untuk bangun bagi memeriksa jaket yang dipakainya. Ketika diperiksa, satu beg plastik berwarna hitam telah terjatuh keluar dari jaketnya dan selepas diteliti, ianya merupakan wang kepunyaan Mathyalagan.

Pihak sekuriti AirAsia dan polis lapangan terbang yang berada di situ sewaktu pemeriksaan terus menahannya untuk direman. Difahamkan lelaki tersebut merupakan warganegara China dan melakukan penerbangan transit di Malaysia untuk ke Jakarta.

Mathyalagan berkata tindakan pantas kru AirAsia sememangnya wajar dipuji dan dia bernasib baik kerana mereka berjaya menangkap dan mempunyai bukti yang mencukupi untuk menahan pencuri tersebut.

Sumber: Facebook

Hati-hati ye semua. Nak naik flight, pastikan pegang duit tu.

Baca: Lelaki Berang Flight AirAsia Delay, Namun Dikecam Pula Kerana…

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.