in

“Kreatifnya!” – [VIDEO] Lelaki Menari Macam Dalam Wayang Kulit, Siap Ada Tok Dalang Lagi!

Page 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Video seorang lelaki yang berasal dari Deli Serdang, Sumatera Utara menari macam dalam wayang kulit viral di Instagram selepas dia memuat naik video itu di akaun Instagram miliknya.


Menurut laporan Tribun News, tujuan lelaki itu upload video menari seperti dalam wayang kulit memang bertujuan untuk menghibur warganet.

W

Bukan itu sahaja, gelagat lelaki ini menjadi lebih menarik dengan kehadiran ‘tok dalang’ yang seakan-akan sedang mengendalikannya menari serupa dalam wayang kulit.

Dalam video itu juga, dia selitkan bunyi muzik yang sesuai dengan tarian itu supaya nampak lebih menarik dan kreatif.

“Tak banyak perkara yang harus disiapkan pada awalnya, cuma perlu siapkan kostum sesuai dengan karakter yang dimainkan dan handphone untuk rakam” 

Pada awalnya dia hanya upload dekat akaun TikTok, lepas tu barulah post dekat Instagram.

Katanya, dia akan membuat content lain yang lebih lawak lagi memandangkan warganet suka dengan video yang dia buat.

Q

Walaupun belum mendapat mana-mana jemputan dari pihak luar tapi dia gembira kerana videonya itu disiaran di salah sebuah tv swasta di Indonesia.

Dia berharap agar dia boleh lagi untuk terus buat video seperti ini dengan tujuan menghiburkan orang ramai.

Baca : ” Dia goyangkan perut je” – Netizen Terhibur Tengok Aksi Selamba Remaja Menari Bersama ‘Maskot’ Restoran Makanan Segera. 

Menaari

Sumber: Tribun News
Sumber: Tribun News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.