in

Kreatif! Beyblade DIY Adik Ini Buat Netizen Excited

Beyblade Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Beyblade, beyblade, beyblade..”



Mesti ramai dah pernah terbaca orang sebut perkataan Beyblade. Tapi apa benda tu?

Lagi pula bila dah heboh kebelakangan ini, ramai kanak-kanak sibuk minta kat mak ayah nak kumpul dan main Beyblade.

Beyblade, gasing zaman moden

Beyblade tu sebenarnya sejenis permainan seperti gasing yang kita main sewaktu kecil dulu. Cuma ia sekarang diperbuat daripada plastik dan ada penarik bergerigi untuk pusingkan gasing berkenaan.

Kiranya ini macam gasing modenlah!

Beyblade Toys Nice Gift For Kids Toys Games Ykd B73
sumber: ykd shop

Ditambah pula dengan adanya kartun berkait Beyblade ni keluar TV, lagi sakanlah budak-budak nak kumpul!

Hasil kajian di laman membeli-belah online, harga satu mainan ni lebih kurang RM12-RM15. Oii, bukan main juga harga dia ek!

DIY Beyblade sendiri

Tapi apa yang dibuat oleh anak buah seorang netizen ni bukan saja jimat tapi sangat kreatif!

Beyblade 1
sumber: twitter

Menurut Fazri Hassan, anak-anak buahnya menggunakan penutup tin atau ubat nyamuk saja.

Beyblade 2
sumber: twitter

Kemudian, ia dipotong menggunakan pisau yang tajam dan bahagian penutup yang ada bucu tajam tu diambil.

“Ada tournament ke teerrrr??”

Terhibur dengan gelagat anak buahnya di kampung bersama rakan-rakan, Fazri sempat mengambil video berkongsi aksi mereka di pentas gelanggang.

Korang judge sendirilah video-video ini!

Hebat ke idok? Korang hado? Hahaha..

“Versi ni lagi padu”

Netizen pun excited tengok kreativiti dan aksi adik-adik ni. Yelah, macam mana boleh terfikir nak DIY sendiri Beyblade tu?

Beyblade 4
sumber: twitter
Beyblade 5
sumber: twitter

Dah boleh jimat banyaklah kalau buat sendiri kan?

Tapi kalau korang nak gunakan penutup tin atau ubat nyamuk, admin nasihatkan supaya berhati-hati. Sebab kedua-duanya ada bahan beracun di dalamnya, jadi pakailah penutup muka. Satu lagi, jangan buat berdekatan api sebab bahan-bahan ini mudah meletup.

Baca: “Hiburan bertukar tragedi” – 2 Kanak-kanak Maut Diterbangkan ‘Debu Syaitan’ Di Taman Permainan

Mainan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.