Kementerian Pendidikan (KPM) menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat secara menyeluruh insiden pelajar perempuan yang maut akibat ditikam rakan sendiri di sebuah sekolah di Bandar Utama, pagi tadi.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata jawatankuasa itu ditubuhkan bagi memastikan semua aspek berkaitan kes berkenaan disiasat dengan teliti, telus dan adil.
View on Threads
Artikel berkaitan: “Satu kejadian menyedihkan” – Pelajar Lelaki T*kam Pelajar Perempuan Hingga M*ut Sudah Ditahan
Artikel berkaitan: Mangsa T*kam Depan Rumah Di Senawang Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri Suspek – Polis
“Kes ini sedang berada dalam siasatan pihak berkuasa dan suspek telah ditahan polis. KPM akan berkerjasama penuh dalam proses siasatan yang sedang berjalan.
Pasukan kaunselor serta guru bimbingan dan kaunseling telah digerakkan untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata KPM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar yang maut dalam kejadian itu.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika sesi persekolahan sedang berlangsung dan mangsa diserang menggunakan senjata tajam di dalam bilik darjah.
Pelajar terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Kejadian itu mengejutkan warga sekolah dan orang ramai yang menggesa pihak berkuasa serta Kementerian Pendidikan mengambil langkah segera bagi menangani isu keselamatan di sekolah.
Sumber: Berita Harian