Semalam, kecoh di media sosial mengenai pertelingkahan antara dua pelakon iaitu Janna Nick dan Puteri Balqis.
Kedua-dua selebriti ini telah saling membalas kenyataan di media sosial dan Janna Nick kemudiannya telah memetik nama pengarah terkenal, Michael Ang dalam pertelingkahan itu.

Susulan namanya telah disebut oleh pelakon berkenaan, Michael Ang telah tampil memberikan responsnya mengenai isu yang diperkatakan oleh Janna itu.
Artikel Berkaitan: “I hope you heal” – Janna Nick Akhirnya Bersuara, Tegaskan Hantaran Bersifat Umum
Artikel berkaitan: “Ayat lebih kepada tunggang isu” – Ibu Puteri Balqis ‘Sound’ Janna Nick, Dakwa Komen Threads Bersifat ‘Backhanded’
Menurut Michael Ang yang kini sedang sibuk bekerja di set penggambaran, kejadian yang diceritakan oleh Janna Nick itu telah lama berlaku ketika dia mula-mula bekerjasama dengan Janna untuk sebuah drama.
Waktu itu aku cakap, ‘Eh, betullah apa yang orang cakap. Tangan kau gemuk, tangan kau besar’. Lepas itu dia tanya aku, mana?
Sebenarnya perkara ini berlaku dalam satu ‘group chat’ ketika kami jalani penggambaran dengan pelakon Puteri Balqis,” jelas Michael Ang.
Namun, menurut Michael, ketika zaman kanak-kanak Puteri Balqis, selalunya ayah kandung Puteri Balqis yang menemani kanak-kanak itu datang ke set penggambaran untuk berlakon.
“Aku pun tak tahu siapa yang tulis mesej itu, sama ada ayah dia atau mak dia. Tapi selalunya pada zaman itu, ayah dia yang bawa dia ke set.
“Jadi aku rasa dalam ‘group chat’ itu memang ayah dia lah. Macam mana aku nak tahu?” katanya.
Dalam masa yang sama, Michael Ang turut menjelaskan bahawa Puteri Balqis dan ibunya tidak perlu memohon maaf kerana tiada perkara yang memerlukan kedua-dua mereka meminta maaf. Apa yang berlaku hanyalah salah faham sahaja dan hutang bapa kandung Puteri Balqis dengan Michael juga telah Michael halalkan.
Mengenai isu bapa kandung Puteri Balqis pernah berhutang dengan Michael Ang, Puteri Balqis menjelaskan bahawa dia dan ibunya tidak pernah tahu bahawa bapanya itu ada meminjam duit dengan pengarah tersebut, jadi menerusi ruangan komen di Instagram Michael Ang, Puteri Balqis bertanya berapa wang yang telah dipinjam oleh bapa kandungnya itu namun Michael Ang mengatakan dia telah menghalalkan wang itu,

Sumber: Instagram Michael Ang
