Disebabkan terdesak kerana tak mampu membayar ansuran kereta setiap bulan, seorang kontraktor berusia 53 tahun membuat tindakan melulu dengan membakar keretanya.
Dia dikatakan membakar keretanya pada Isnin lalu di sebuah kebun kelapa sawit di Jalan Bukit Belimbing, Kuala Selangor sebelum panik. 2 hari kemudian, barulah dia membuat laporan polis.
Bagaimanapun bukan laporan mengenai tindakannya membakar kereta tersebut tapi lelaki itu membuat laporan kehilangan keretanya, kononnya dicuri di kawasan tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Klang.
Penipuan tersebut akhirnya terbongkar selepas polis mengesan lelaki berkenaan sedang terdesak kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan.
Geram rakan kongsi tak bantu bayar
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, polis menerima laporan yang dibuat lelaki berkenaan pada jam 9 pagi. – Sinar Harian
Siasatan awal mendapati suspek mengaku membakar kereta jenis LMG yang dibelinya sejak empat tahun lalu susulan terpaksa menanggung sendirian ansuran bayaran berjumlah RM569 tanpa mendapat bantuan daripada rakan kongsi perniagaannya.
Suspek dan rakannya sebelum ini terlibat sebagai sub-kontraktor membaiki jalan dan rumah.
Bagaimanapun, suspek membakar kereta terbabit kerana tidak berpuas hati dengan rakan kongsi perniagaannya yang gagal membantu pembayaran ansuran bulanan.”
Motif dipercayai bagi menuntut insurans terhadap kenderaan tersebut. Kemudian, kes dianggap selesai setelah lelaki berkenaan menunjukkan lokasi kereta.
Dia akan dituduh di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis palsu.
Berfikirlah sebelum buat sesuatu ye!