in

Kongsi Detik Ketika Dirawat, Diva AA Tetap Akan ‘Bermulut Laser’ Walaupun Baru Sembuh Dari Sihir

Diva Aa Mulut Laser

Pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali dengan nama Diva AA sebelum ini mendedahkan dirinya terkena sihir buatan orang gara-gara ‘bermulut laser’.

Menerusi perkongsian baharu di laman X (Twitter), Azwan memuat naik sebuah video memaparkan dirinya sedang menjalani rawatan perubatan Islam.

Dalam video itu, Azwan dilihat menahan sakit ketika ayat suci dibacakan sambil dadanya ditekan beberapa kali.

Menerusi hantaran tersebut, dia meluahkan rasa syukur dan memaklumkan mendapatkan rawatan akibat sihir tersebut dan kini dalam proses penyembuhan.

https://twitter.com/DivaAATersohor/status/1696335451970527307?s=20

Memetik sumber Utusan, Azwan bagaimanapun tidak akan mengubah karakternya walaupun kini sudah sembuh daripada ‘serangan’ sihir.

Pun begitu, perkara yang dialaminya tetap menjadi memori buruk untuk dikenang dan tidak akan menyimpan sebarang dendam kepada individu yang menghantar ilmu hitam kepadanya.

“Saya dinasihatkan oleh ustaz yang merawat supaya tidak berdendam. Ia akan menjadi memori negatif tetapi tidak bermakna ia akan mengubah diri saya 100 peratus.

“Saya tetap akan lantang dengan sebarang isu semasa kerana konsep ‘makikan sahaja’ sudah sebati sebab dari dulu memang saya akan menentang perkara tidak masuk akal,” katanya.

Mengulas lanjut, pengacara berusia 57 tahun itu menganggap perkara yang berlaku pada dirinya itu dianggap ujian untuk dijadikan iktibar.

“Pendedahan ini adalah pengajaran untuk semua kerana jangan main-main dengan sihir. Saya anggap ini adalah ujian dan peristiwa ini membuatkan saya lebih sedar diri. Rasa seperti mati hidup semula,” kongsinya.

Terdahulu, Azwan pernah mengaku dirinya terkena sihir oleh pihak tertentu sehingga tidak dapat berjalan dan badannya pula rasa seperti dibakar.

Baca: “Saya tak dapat berjalan, rasa seperti dibakar” – Diva AA Mohon Jangan Hantar Sihir
Azwan Ali Kena Sihir