in

“Hanya 3 kes di dunia”- Lahir Tanpa Mata, Kisah Sedih Bayi Ini Buat Ramai Sebak

Feat Bayi Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Si kecil yang bernama Sasha ini adalah salah satu daripada tiga bayi ‘rare’ yang dilahirkan di dunia ini tanpa mata. Kini, bayi lelaki ini berjaya menemui rumah baharu selepas ditinggalkan oleh ibunya.


Namun, si kecil ini masih mampu untuk sentiasa tersenyum apabila menerima pelukan dan ciuman daripada orang di sekelilingnya walaupun mempunyai kisah hidup yang memilukan di awal kelahirannya.

 

Dibuang ibu sejak lahir

Bayi lelaki yang berasal dari Rusia ini telah dilahirkan tanpa mata. Apa yang menyayat hati, dia telah dibuang oleh ibunya sejak lahir dan diletakkan di bawah pusat jagaan anak-anak yatim.

Lapor Mirror UK, ibu bayi berkenaan tidak mampu untuk membari bantuan yang diperlukan oleh anaknya itu sepanjang dia membesar gara-gara kondisi matanya yang luar biasa itu.

Seorang jururawat yang menjaga bayi lelaki berkenaan semasa dia baru berusia 6 bulan berkata “Dia tiada perbezaan dengan kanak-kanak lain, dia bermain dan tersenyum sama seperti bayi sihat yang lain.” 

Feat Bayi 1

 

Seorang bayi yang sihat

Menurut jururawat itu lagi, Sasha juga suka bermain dan berenang. Dia sememangnya merupakan seorang bayi yang ceria.

Kanak-kanak lain yang turut dilahirkan dalam kondisi yang sama dengan Sasha iaitu mengalami sindrom anophthalmia SOX2 bagaimanapun mempunyai masalah kesihatan lain yang serius.

Selain daripada masalah dua ketumbuhan cyst di dahinya yang telah berjaya dibuang, Sasha merupakan bayi yang sihat.

Menurut doktor, sindrom anophthalma SOX2 menyerang hanya satu daripada 250,000 kanak-kanak yang menyebabkan berlakunya masalah perkembangan mata dan mana-mana bahagian anggota tubuh badan secara tidak normal.

 

Bayi ‘rare’ dalam dunia

Sasha dikatakan satu-satunya daipada tiga bayi lain yang dilahirkan di dunia ini yang menghidap sindrom ini yang tidak mempunyai kedua-dua biji mata.

Apa yang menyedihkan, bayi ini dikatakan tidak mempunyai harapan untuk melihat. Walau bagaimanapun, dia mempunyai bola mata kecil yang diimplan ke dalam soket matanya untuk memastikan mukanya kelihatan normal setelah membesar.

Sasha masih perlu melakukan pembedahan setiap 6 bulan sepanjang tempoh tumbesarannya untuk menambah saiz bola matanya itu.

 

Sentiasa tersenyum

Walaupun dengan kondisinya yang istimewa itu, masih terdapat insan-insan yang menyayanginya dan gigih mencari rumah tetap buat bayi kecil ini.

Dia dikenali sebagai bayi yang sentiasa ‘tenang’ dan ‘tersenyum’ kerana dia akan membalas senyuman sebaik sahaja mendengar suara orang yang dikenalinya.

Bayi 1

 

Jumpa keluarga baru

Sasha kini telah berjaya menemukan keluarga barunya dan diambil sebagai anak angkat oleh ibu bapa angkatnya yang berasal daripada bandar lain di Rusia.

Bayi 2 Mak Angkat

Semoga bayi comel ni dapat membesar dengan baik dalam keluarga baru yang penyayang. 

Baca: Sedih dia kena hadap semua perkara negatif ni Dihina di TikTok Kerana OKU, Remaja Ini Sebaliknya Dipuji Neelofa! Baca Cacat

Sumber: Mirror UK
Sumber: Mirror UK
Sumber: Mirror UK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.