in

Kluster Berendam : Seramai 8,000 Pekerja Kilang Akan Disaring Ujian Covid-19

Berendam5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini wujud kluster baharu antaranya ialah Kluster Berendam di Melaka. Sehingga semalam, 19 kes aktif dilaporkan di mana 18 dari mereka sedang dirawat di Hospital Melaka.


Susulan peningkatan kes yang berlaku, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman beritahu kepada media, lebih 8,000 pekerja sebuah kilang di Batu Berendam akan disaring ujian Covid-19 dalam tempoh terdekat.

Kluster Berendam membabitkan sebuah kilang bersaiz besar dan sehingga semalam, Jabatan Kesihatan Melaka dengan kerjasama pihak kilang melakukan saringan ke atas 2,118 orang membabitkan 1,892 pekerja dan 226 kontak rapat dari kalangan ahli keluarga mereka.

Daripada jumlah itu, 240 kakitangan masih menunggu keputusan ujian saringan COVID-19 dan saringan menyeluruh terhadap semua pekerja kilang itu akan dilakukan.”

Berendam1

 

Pekerja kilang disahkan positif selepas pulang dari zon merah

Menurut Berita Harian, fasa pertama Kluster Berendam dikesan selepas salah seorang pekerja kilang itu yang baru pulang dari zon merah disahkan positif COVID-19 menerusi saringan wajib yang dijalankan pihak kilang.

Penularan dalam kalangan pekerja kilang itu dikesan selepas ada antara mereka menghadiri majlis sambutan hari jadi di sebuah resort di Alor Gajah

 

Kilang beri kerjasama baik

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa Jabatan Kesihatan Melaka mendapat kerjasama yang baik daripada pihak kilang dan kos saringan ditanggung oleh pengurusan kilang itu sendiri.

Katanya, kedua-dua pihak, Jabatan Kesihatan Melaka dan kilang sedang mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi membendung penularan Covid-19 dari Kluster Berendam.

 

Baca : “Takut wujud kluster baru” – 400 Penduduk Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi Tak Balik Rumah, Lari Dari Buat Ujian Saringan COVID 19

Pkpd Di Sepang

Sumber: harian metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.