in

Netizen Bimbang PKP Akan Kembali Dilaksanakan Sebab Kes Dah Naik 3 Angka!

Pkp8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada awalnya, kes telah jatuh ke satu angka, kemudian kekal 2 angka dan kini semua sedia maklum bahawa hari ini 8 September 2020 kes dah kembali ke 3 angka setelah sekian lama kadar kes baru Covid-19 tidak menunjukkan peningkatan drastik.


KIta sedia maklum bahawa Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mula dikuatkuasakan jika kes baharu cecah 3 angka. Lapor Berita Harian.

Disebabkan itu ramai netizen dah mula rasa bimbang jika ia benar-benar dilaksanakan semula memandangkan kes baharu hari ini mencecah 100.

 

Janganlah PKP Balik – Netizen

100 kes baharu dilaporkan pada hari ini melibatkan 85 kes tempatan. Daripada 85 kes tersebut, 62 adalah dari Kluster Benteng LD manakala baki 23 adalah dari Kluster Sungai.

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Selasa, 8 September 2020

Bersadarkan perincian kes menerusi laman Facebook rasmi KKM, dilihat 85 daripada 100 kes itu merupakan kes tempatan dan 15 lagi merupakan kes import.

Dalam 85 kes tempatan itu, 55 datang daripada warganegara Malaysia iaitu 22 di Kedah, 32 dari Sabah dan  dari1 Perlis sementara 30 lagi datang daripada bukan warganegara di Sabah.

Disebabkan ramai netizen bimbang jika PKP dilaksanakan semua, mereka sarankan agar tempat-tempat atau negeri yang terjejas dengan kadar peningkatan Covid-19 ini yang sepatutnya kena PKP supaya tidak merebak.

Pkp Pkp2 Pkp3 Pkp4 Pkp5 Pkp6

Sama-samalah kita doa agar ada alternatif lain untuk kerajaan kawal kes ini.

 

Baca : [TERKINI] Naik Tiga Angka! 100 Kes Baru, 12 Kes Sembuh & TIADA Kes Kematian Baru

Pkp7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.