in

KKM Jangka 4 Minggu Untuk Ratakan Lengkungan Jangkitan Pandemik Covid-19

Kkm02

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes jangkitan Covid-19 pada bulan ini sahaja umumnya melebihi jumlah kes pada bulan-bulan lepas walaupun ditambah kesemuanya. Manakan tidak, kes tiap hari mencecah ratusan malah ada yang ribuan.

Namun syukur, menurut pengiraan KKM, kadar kebolehjangkitan menurun.


 

Rt turun dari 1.5 pada minggu lalu ke 1.2

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) negara pada minggu ini adalah 1.2 iaitu menurun selepas 1.5 dilaporkan minggu lalu. – Lapor Sinar Harian

Sekiranya nilai 0.3 dapat dicapai, kita berjaya meratakan lengkungan Covid-19.”

Kkm 1

Walaupun begitu, kes baru meningkat secara konsisten.

“Walaupun nilai Rt berjaya dikurangkan pada minggu ini, ia masih lagi (usaha) tidak mencukupi.”

 

Malaysia mampu menurunkan kes sehingga menjadi 1 angka berdasarkan pengalaman lalu

Jelas beliau, Malaysia mempunyai keupayaan untuk menurunkan kadar kes menjadi dua atau satu digit berdasarkan pengalaman lalu.

“Sebanyak 50 peratus kes positif Covid-19 dilaporkan adalah daripada penjara dan pusat tahanan dan kes jangkitan di Depot Tahanan Imigresen sebelum ini juga berjaya dibendung dengan baik.”

Kkm2

Tambahnya, dalam usaha mengurangkan nilai Rt tersebut, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran (TEMCO) perlu dilakukan di beberapa lokasi yang dikenal pasti di Selangor dan Sabah.

“Di Pantai Timur Sabah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kita dapat melihat hasil positif iaitu penurunan kes.”

Nilai Rt direkodkan pada gelombang ketiga Covid-19 sejak 20 September lalu adalah 2.2.

Negara mencatatkan nilai Rt tertinggi pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu dengan kadar 3.5.

 

Baca : “Macam mana nak hati-hati kalau tak tahu” – Netizen Pertikai Keputusan Dr Hisham Tak Nak Dedah Tempat Ada Kes Covid-19

Kkm3

Sumber: Twitter
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.