in

KJ Jelaskan 40% Orang Yang Patut Dapat Dos Booster Tak Hadir, Ramai Golongan Muda Tawar Diri

Ft Booster Vaksin Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan bahawa dos penggalak (booster) untuk vaskin jenis AstraZeneca juga bakal dilakukan dan akan diberitahu dalam masa terdekat.

Namun, kini dos penggalak untuk Sinovac dan Pfizer kini sedang giat dijalankan, biarpun ia bukanlah satu kewajipan, namun penerima disyorkan untuk mengambil dos suntikan penggalak itu.


 

Tak wajib, tapi kalau boleh kena ambil

Hari ini, KJ menerusi laman Twitter miliknya menyatakan bahawa 40% daripada menerima yang layak untuk mendapatkan dos penggalak itu tidak mengambilnya.

Katanya, dengan kurangnya sambutan dos penggalak ini, ia mungkin menyebabkan kadar pesakit di hospital akan kembali naik terutamanya dalam kalangan komorbiditi dan warga emas.

Melihat penjelasannya itu, ramai netizen memberikan sokongan moral kepada beliau bahawa mereka mahukan dos tersebut, kebanyakan antara mereka adalah yang terdiri daripada golongan muda, mengharapkan bahawa dos penggalak ini dibuka kepada umum.

Booster Vaksin Kj Booster Vaksin Kj 2 Booster Vaksin Kj 3

Namun begitu, ramai juga yang menyatakan bahawa ada kebanyakan orang tua mereka masih belum menerima tarikh temujanji untuk mendapatkan suntikan itu.

Untuk rekod, golongan-golongan yang layak menerima dos penggalak terdiri daripada warga emas, golongan berpenyakit, petugas barisan hadapan  dan golongan yang berisiko tinggi.

Oleh sebab itu, ramai meminta agar ‘tawaran’ dibuka kepada semua golongan bagi membendung daripada peningkatan kes Covid-19 di negara ini, lebih-lebih lagi selepas dos penggalak AZ bakal diumumkan kelak.

 

Baca : Suntikan ‘Booster’ Beri Pelindungan Penuh Kepada Penerima – Pfizer

5Pfizer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.