in

KITA RunFest 2025: Serenia City Lancar Festival Komuniti & Sunset Run Pertama Pada 6 Disember Ini

collage

Serenia City bakal menghidupkan suasana meriah hujung tahun dengan penganjuran KITA RunFest 2025, sebuah festival komuniti serba lengkap yang menggabungkan sukan, muzik, cahaya dan aktiviti keluarga. Acara sulung ini akan berlangsung pada 6 Disember 2025 (Sabtu) bermula jam 5 petang di Serenia City Central Park, dengan kerjasama Astro dan Sime Darby Property.

Festival ini mensasarkan pengunjung dari pelbagai peringkat umur untuk turun menikmati pengalaman larian waktu matahari terbenam, pertunjukan cahaya yang memukau, hot air balloon dan pelbagai aktiviti karnival dalam suasana santai dan selamat.

Dua Kategori Larian Dengan Harga Berpatutan

68d376ca9be1c

Untuk peserta yang ingin beraksi, penganjur menyediakan dua kategori utama:

10KM Competitive Run

• Flag-off: 5.30 PM
• Early Bird: RM70
• Normal Fee: RM80

5KM Fun Run

• Flag-off: 6.00 PM
• Early Bird: RM50
• Normal Fee: RM60

68e615527ddca

Walaupun berbeza jarak, semua peserta akan menerima:
• Baju larian eksklusif
• Race bib lengkap dengan timing chip
• Finisher medal
• Light refreshment
• E-certificate
• Personal accident insurance

Pendaftaran kini dibuka melalui:

CPS: https://cps4.me/kita-runfest-25RXA: https://bit.ly/KITARUNFEST25

Banyak Aktiviti Menarik Menanti Pengunjung

587343566 122106420369091535 7293598968120661783 n

Selain larian, KITA RunFest 2025 turut menawarkan pelbagai aktiviti tambahan untuk pengunjung yang datang bersama keluarga atau rakan-rakan. Antara tarikan yang disediakan termasuklah:

Pertunjukan Hot Air Balloon yang bakal menerangi langit malam
Sunset Run dengan laluan yang dihidupkan lampu dan dekorasi
Community Bazaar menampilkan usahawan tempatan
Persembahan konsert pentas utama
• Inisiatif Hari Tanpa Kenderaan oleh Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang)

Gabungan semua aktiviti ini menjadikan RunFest bukan sekadar acara larian, tetapi sebuah festival komuniti yang menekankan gaya hidup sihat dan hiburan dalam satu platform.

Festival Pertama Sebegini di Serenia City

Sebagai festival malam pertama yang dianjurkan di kawasan ini, KITA RunFest membawa misi untuk menguatkan lagi budaya sihat sambil merapatkan hubungan komuniti. Ia turut menjadi ruang selamat dan interaktif buat keluarga, belia dan pencinta sukan untuk berkumpul dalam suasana yang positif.

Acara ini dibawakan oleh Astro dan Sime Darby Property, dengan Zues Event sebagai penganjur teknikal. Ia turut disokong oleh Majlis Perbandaran Sepang, JBS Kuala Lumpur serta rakan komuniti lain. Antara penaja rasmi bagi acara ini termasuk KAON, CIMB Bank, TOP dan UPHAMOL.