Umumnya, Brazil merupakan negara tertinggi di dunia yang mempunyai kes positif Covid-19 selepas Amerika Syarikat.
Namun begitu, Presidennya, Jair Bolsonaro yang kini positif Covid-19 menegaskan beliau tidak akan mengambil suntikan vaksin bagi virus Covid-19.
Ambil perhatian kata-kata saya, saya tidak akan mengambilnya (vaksin). Itu hak saya.”
Malah, Bolsonaro yang juga merupakan penyokong tegar Donald Trump juga menegaskan bahawa Kongres mungkin tidak akan mewajibkan penduduk Brazil mendapatkan suntikan vaksin. Lapor Kosmo!
Pada awal bulan lalu, kenyataan beliau telah mencetuskan kontroversi kerana menggunakan golongan transeksual sebagai satu contoh orang yang lemah ketika sedang mengadu tentang wabak itu di negaranya.
“Kita semua akan mati satu hari nanti. Tiada guna lari daripada realiti. Kita semua perlu berhenti menjadi pondan. Semua perlu berani dan berdepan dengan virus ini.”
Beliau juga memperlekehkan keberkesanan memakai pelitup muka membantu mengekang penularan wabak koronavirus.