in

“Kita panggil The Cobra Effect” – Ahli Psikologi Risau Ramai Ternak Tikus Semata Nak Dapat Ganjaran

Page Tikus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini tular di media sosial apabila kempen pembasmian tikus dilihatkan semakin luas dijalankan di kebanyakan negeri di Malaysia. Malah demi menarik minat orang ramai, pihak berkuasa menawarkan ganjaran RM 1 bagi seekor haiwan perosak itu.

Kempen tersebut difahamkan telah bermula sejak tahun 2014 tetapi semakin giat dikuatkuasakan sejak tahun ini selepas orang ramai dapat melihat kebaikan dari pelaksanaan itu untuk mengekalkan kebersihan persekitaran.


Tikus 1

Promosi kempen itu juga rata-rata mendapat reaksi yang positif dari netizen yang rata-rata menyokong pelaksanaan tersebut sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan lagi bilangan tikus.

Komen Full 6

“Orang akan ternak tikus banyak-banyak…”

Walau bagaimanapun, ada juga beberapa pendapat yang tak menyokong pelaksanaan kempen tersebut kerana ianya akan menggalakkan orang untuk menternak haiwan perosak itu lebih banyak sehingga pembiakannya sukar untuk dibendung.

Tak ketinggalan menyuarakan pendapat sendiri, ahli psikologi yang aktif di Twitter iaitu Aiman Psikologi mengatakan bahawa kempen tersebut boleh mengundang orang ramai untuk menternak lebih banyak tikus demi mendapatkan ganjaran yang lumayan.

“Kita panggil The Cobra Effect”

Tambahnya lagi, pelaksanaan ini digelar sebagai The Cobra Effect dalam psikologi yang mana ianya muncul selepas pihak British nak kurangkan ular Cobra di India, maka mereka mengadakan kempen yang lebih kurang sama seperti pihak berkuasa di Malaysia.

“Setiap ular Cobra diserahkan, komuniti di sana akan diberi ganjaran. Sebaliknya, ular jadi bertambah sebab ramai menternak supaya untung berlipat kali ganda.” – Tulis Aiman Psikologi

Perkongsian dari ahli psikologi itu mendapat sokongan orang ramai yang rata-rata meluahkan kerisuan tentang isu tersebut dan meminta agar netizen tidak mengambil kesempatan di atas kempen yang dilaksanakan.

Tempat korang ada yang dah buat ke kempen ni?

Baca: Tuan Rumah Khusyuk Main Henpon Tak Perasan 2 Tikus Siap ‘Berjoget’ Kat Ruang Tamu

Untitled 2 6

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.