Masih lagi hangat di perkatakan mengenai tindakan usahawan terkenal dari Malaysia iaitu Nur Sajat yang dikatakan memakai telekung semasa berada di Mekah.
Pada sebelum ini, pihak agensi umrah yang membawa Sajat sekeluarga telah menasihatkan usahawan itu untuk mengubah penampilan dan tidak memuat naik sebarang gambar berpakaian seakan-akan wanita bagi mengelakkan berlakunya sebarang penyebaran fitnah.
Bukan itu sahaja, harini ini juga tular di laman Facebook yang mengatakan bahawa Sajat telah di tahan di lapangan terbang oleh pihak berkuasa kerana berpakaian menyerupai wanita.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=4029145140436274&id=100000224839553
Namun info yang mengatakan Sajat sudah ditangkap tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana tidak lama kemudian, seorang kawan Sajat memuat naik perbualan mereka di WhtasApp yang menunjukkan Sajat masih lagi bebas dan tidak ditangkap sama sekali.
Tak ada apa, kita ok sis”
Menurut perkongsian di laman Facebook oleh Founder Zaira, usahawan itu tidak ditangkap dan masih lagi menunaikan ibadah umrah seperti biasa.
Nur sajat berkata bahawa dia berada dalam keadaan yang baik sahaja dan meminta orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik untuknya sahaja.
Bukan itu sahaja, menurut personal assistant (PA) Nur Sajat, ketika di tanya mengenai keadaan mereka dia kelihatan bersahaja dan sepertinya tidak dihalang oleh pihak berkuasa untuk menjalankan ibadah umrah.
Melalui perkongsian itu juga, Sajat turut dikatakan akan pergi mengunjungi Hajar Aswad disebelah malam pada hari ini.
“Sambil berwuduk call WhatsApp saya, tak habis-habis menceritakan ibadah serta doa dia dekat sana, gembira saat-saat masuk ke Hijr Ismail.
“Malam nanti katanya nk cuba peluk cium Hajar aswad pula. Subhanallah.” Founder Zaira
Tambahnya lagi, dia tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut mengenai keputusan Sajat untuk mengenakan telekung sebagai pakaian untuk menjalankan ibadah umrah.
“Pasal bertudung kita tak nak ulas lebih-lebih sebab kita pun bukan sempurna.
“Yer betul ramai yang kata back to basic matlamat tak menghalalkan cara. Mungkin untuk mengelakkan difitnah, menganggu jemaah yang lain saya kurang pasti.” Katanya
Semoga ibadah umrah Sajat mendapat keredhaan dan keberkatan dariNya.