in

Kisah Tok Syair : Orang Yang Buka Kampung Pantai Dalam Dikatakan Ghaib Di Bukit Gasing

Ft Orang Ghaib Di Pantai Dalam 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti kita pernah dengar kes orang hilang tanpa dijejaki sebab dah masuk alam lain kan? Biasanya kes macam ni kita akan dengar dahulu kala dan dalam tv.


Kisah ini dikatakan pernah berlaku pada sekitar 70-an dulu, individu yang dikenali sebagai Jamilah Haji Bujang menyatakan kisah sebegini pernah terjadi dalam kalangan orang terdekatnya iaitu salah seorang moyangnya yang dipanggil Tok Syair.

 

Hilang dikatakan ke alam bunian

593C9E95 565D 42E5 848C 7Fd33D813656

Menurut mStar Online, Tok Syair ini berasal dari Minangkabau, dia antara orang terawal yang sama-sama membuka satu penempatan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Katanya, pada tahun 1970-an dulu, Tok Syair ini berusia 80 tahun sebelum dilaporkan hilang, biarpun umurnya hampir seabad, staminanya persis orang yang berumur 50-an.

Tok Syair seorang yang gagah mengelilingi kampung dengan berbasikal dan berkebun, menurutnya, Tok Syair ini memang jarang sakit. Bagaimanapun, suatu hari Tok Syair tiba-tiba menghilang, biarpun tak ingat waktu tepat, Jamilah menyatakan bahawa Tok Syair ‘ghaib’ kira-kira dalam lewat 70-an.

Dia tidak pulang ke rumah seperti biasa, ia telah membuatkan keluarga dan seluruh penduduk kampung bimbang dan cuba mencarinya, tetapi tidak ditemui. Apa yang peliknya lagi, mereka semua tidak dapat satu petunjuk pun.

Selepas beberapa tahun, ayah kepada Jamilah telah membawa salah seorang cucu saudaranya berjumpa seseorang untuk berubat. Pengamal perubatan itu tiba-tiba berubah personaliti dan suaranya berubah menjadi garau.

“Kau beritahu yang lain, tak payah cari Tok lagi,” itu kata-kata yang keluar dari mulut pengamal perubatan itu yang suaranya seperti lelaki tua.

Kata Jamilah, suara itu memperkenalkan dirinya sebagai Tok Syair dan berpesan kepada Haji Bujang agar beritahu kepada ahli keluarga agar tidak perlu mencarinya lagi.

Selain itu, ‘Tok Syair’ turut memberitahu bahawa dia sudah tenang duduk di sebuah kampung berdekatan dengan Bukit Gasing. Jadi, pengamal perubatan itu merupakan perantara untuk Tok Syair berhubung dengan ahli keluarga untuk meleraikan misteri kehilangannya.

Aneh dengan dakwaannya kerana penempatan yang dimaksudkan pada waktu itu hanyalah hutan semata-mata, ada pihak yang percaya bahawa Tok Syair menetap di alam bunian kerana kawasan yang dimaksudkan itu adalah perkampungan bunian.

 

Pakcik Rahmat : 100 hari tak keruan, meronta nak ke alam lain

Dalam pada itu, ada satu lagi kisah aneh yang terjadi kepada salah seorang pakcik saudara Jamilah yang bergelar Pakcik Rahmat. Kisah ini pula berlaku pada tahun 1980-an di kawasan yang sama juga.

Sumber menyatakan bahawa Pakcik Rahmat ini orang yang rajin mengaji al-Quran dan suka belajar agama Islam, pada suatu hari dia berkelakuan aneh kerana memohon maaf kepada semua penduduk kampung yang ditemuinya.

4488Bd30 2494 45Fb Aa7E D39C06B4Ca56

Apabila ditanya, Pakcik Rahmat mengatakan bahawa dia mahu meninggalkan kampung untuk berhijrah jauh ke Kedah untuk belajar agama. Disebabkan itu, ahli keluarga mula hairan dengan sikap peliknya itu.

Namun begitu, ada orang tua yang boleh dikatakan agak tinggi ilmunya di kampung tersebut berpesan kepada ibu bapa Rahmat agar tidak hulur tangan jika Rahmat ingin salam.

“Kalau kau sambut salamnya, dia akan ghaib. Kamu takkan dapat jumpa anak kamu lagi.”

Orang tua itu juga turut mengatakan bahawa, Rahmat meminta maaf kerana ingin pergi ke alam lain. Namun begitu syarat terakhirnya sebelum masuk ke alam itu adalah harus meminta maaf kepada orang tuanya sebagai tanda restu.

Atas nasihat orang tua itu juga, Rahmat telah dikurung oleh ibu bapanya di dalam rumah selama 100 hari, dia tak boleh jejak tanah atau akan ghaib ke alam lain.

Sepanjang masa nak menempuh 100 hari itu, ia sangat menduga. Ahli keluarga semua sentiasa mengawasi Rahmat cuba tidak cuba keluar rumah.

Pintu tingkap semua sentiasa berkunci dan sepanjang tempoh itu, Rahmat menjadi tidak tentu arah, dia kerap merayu untuk minta dilepaskan dan sentiasa mencari jalan untuk keluar.

“Lubang sebesar ibu jari pada dinding pun dia jadi tak keruan cuba nak melepaskan diri. Pakcik Rahmat asyik ulang bahawa ada perempuan cantik menunggunya di luar rumah. Adakalanya dia bercakap-cakap seorang diri.”

Bahkan, ada satu masa, dia akan bercakap seorang diri dan selepas 100 hari, barulah keadaan Rahmat pulih seperti sedia kala dan beransur sembuh, bahkan dia langsung tak ingat yang dia dah minta maaf kepada semua orang dan tempat yang ingin dituju.

Hurm, apapun samada nak percaya atau tidak terpulang kepada anda, apapun jika ada apa-apa yang melanda, mintalah perlindungan daripada Allah S.W.T

Baca : “Dia menyerupai my mum” – Meremang! Gadis Kongsi Kisah Seram Diganggu ‘Lembaga’

Untitled Design 2022 02 25T141416.927

Sumber: mStar Online
Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.