in

Kisah Disebalik Fesyen Rambut Pelik Jadi Ikutan, Ronaldo Mohon Maaf Kepada Ibu-ibu Seluruh Dunia

3Ronaldo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal lagenda bolasepak dari Brazil, Ronaldo. Bermain di posisi penyerang, Ronaldo pernah tampil ke khalayak umum dengan fesyen rambut yang sangat unik pada Piala Dunia 2002 Korea-Jepun.


Sebenarnya Ronaldo mempunyai alasan yang tersendiri apabila mengenakan fesyen rambut yang dianggap pelik itu. Memetik sumber dari Sports Joe, Ronaldo mengakui mengalami kecederaan menjelang aksi Piala Dunia 2002. Bagi mengalihkan perhatian media daripada menumpukan kecederaannya itu, beliau nekad untuk memotong rambut.

Screenshot 2022 10 15 At 2.11.30 Pm

Paha saya sakit, saya hanya sihat 60%. Jadi saya cukur kepala. Apabila saya tiba dalam latihan dengan potongan rambut itu, semua orang berhenti bercakap tentang kecederaan itu.

Dalam satu temubual bersama GMB, Ronaldo juga memohon maaf kepada semua ibu diseluruh dunia kerana fesyen rambutnya yang pelik itu telah menjadi ikutan peminat diseluruh dunia. Beliau juga menambah, ibunya sendiri lebih berminat untuk berbincang mengenai fesyen rambutnya walhal beliau baru membantu Brazil untuk menjulang Piala Dunia buat kali ke-5.

Screenshot 2022 10 15 At 2.13.18 Pm

Untuk rekod, Ronaldo telah menjaringkan 8 biji goal untuk Brazil dalam saingan merebut Piala Dunia 2002 di Korea-Jepun.

 

Baca: “Saya suka tengok senyuman mereka” – Lelaki Ambil Inisiatif Pergi Rumah Orang Tua, Tawar Gunting Rambut Secara Percuma

Screenshot 2022 10 15 At 2.09.16 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.