in

“Kiranya Haziq seorang sajalah yang hidup?” – Hilang Ibu Bapa & Adik Sekaligus, Keluarga Tak Sanggup Jawab ‘Iya’

Z1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

 Paklang, kiranya Haziq seorang sajalah yang hidup?”

Itulah soalan yang ditanya oleh Muhammad Haziq Zikri, 9, kira-kira jam 5 pagi tadi selepas terjaga selepas dirawat di Zon Kuning Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, lapor Harian Metro.


Haziq adalah saru-satunya mangsa yang terselamat dalam kemalangan yang telah meragut nyawa 7 sekeluarga di Kilometer 5 Jalan Keramat Pulai dekat Ipoh, petang semalam. Bapa saudaranya, Zakri Mat Isa, 37, menceritakan keadaan Haziq yang turut bertanya di mana nenek dan ibu bapanya ketika itu.

Haziq

 

Tak sampai hati nak ‘angguk’…

Tak sampai hati saya nak mengiyakan hanya dia terselamat.”

Saya tanya dia (Haziq) siapa memberitahunya. Katanya ‘Cik Sara’ iaitu makciknya yang beritahu ibu bapa serta adiknya maut dalam kemalangan itu.”

Kemalangan itu telah mengakibatkan kedua ibu bapanya iaitu  Mohd Zairul Mat Isa, 34, dan Nuratiqah Abd Hamid, 30, serta adik perempuannya, Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4 meninggal dunia.

Turut terkorban dalam kemalangan itu adalah sepupu Mohd Zakri iaitu Hasliza Mahmud, 40, serta suami, Zulkifli Shuib, 41, selain ibunya, Fatimah Mat Isa, 68.

Maut6

Maut5

Maut2

 

Jarang melancong jauh-jauh…

Dua sekeluarga itu dikatakan jarang berjalan jauh untuk melancong. Mereka dikatakan telah pergi bercuti ke Pulau Pangkor dan bermalam di pulau itu semalaman bermula Ahad lalu. Mereka kemudian turut bermalam semalaman di Cameron Highlands sehari sebelum kejadian.

“Selalunya mereka hanya bercuti di kawasan yang dekat dengan kampung di Serdang, Kedah seperti Pulau Pinang. Tidak pasti menyambutnya di mana namun memang abang (Mohd Zairul) dan isterinya baru menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada 3 Ogos lalu.”

“Malah kereta yang dinaiki mereka pun kereta yang dipinjam dari kenalan. Saya tahu mengenai nahas itu 7.30 malam melalui kakak kepada Hasliza yang menyedari insiden itu melalui berita di media massa.”

Kebumi

Jenazah tujuh sekeluarga tersebut akan dihantar pulang ke Badlishah, Serdang, Kedah, selepas selesai proses bedah siasat dan akan dikebumikan di dalam satu liang lahad.

Haziq dilaporkan patah tangan kanan manakala dua beradik yang merupakan anak Hasliza iaitu  Firash Mikhael Azrie Syah, 11, dan abangnya yang dikenali sebagai Apit berusia 16 tahun dilaporkan cedera parah.

Baca: “Lihat mangsa saling bertindih” – Saksi Cerita Kejadian Depan Mata, 7 Maut Dalam Perjalanan Ke Cameron Highlands

Accident

Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.