Susulan keadaan banjir yang semakin memburuk di negeri Kelantan, pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming telah bertindak turun padang untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Semalam, Khairul Aming telah memulakan bantuan banjir ke pusat pemindahan di Pasir Mas.
KA telah berkongsi tentang bantuan tersebut menerusi platform X.
Baru landed Kelantan. Hari ni kita mulakan bantuan banjir ke pusat pemindahan. Petang ni kita settlekan makanan di Pasir Mas dahulu. My staff akan beli and prepare barang-barang keperluan asas dan esok kita akan hantar dengan lori ke PPS. Ada ribuan mangsa yang tak cukup… pic.twitter.com/uKk7rB6l8S
— Khairulaming (@khairulaming) November 29, 2024
Artikel Berkaitan: ‘Rumah Rakit’ Di Kemaman Kembali Viral Sebab Masih Terapung Dalam Banjir
Artikel berkaitan: Kreatif! Ramai Tertarik Nak Beli Plastik ‘Bungkus’ Kereta Buat Persediaan Hadapi Banjir Lepas Tengok Video Ini
Dalam masa yang sama, KA turut mengajak mana-mana individu yang mahu membantu mangsa banjir di Kelantan dengan cara memberi bantuan dalam bentuk barangan keperluan seperti makanan dalam paket atau dalam tin, tuala wanita, kain sarung, roti, air mineral dan biskut.
Mohon sebarkan. Ini plan untuk kumpul sumbangan barang bantuan banjir untuk tarikh Sabtu 30 Nov: pic.twitter.com/D7GjLP69ro
— Khairulaming (@khairulaming) November 29, 2024
Mana-mana pihak yang ingin membantu boleh berbuat demikian di Kedai Nasi Berlauk Sudin Kubis di Sri Cemerlang, Kota Bharu.
Sama-sama kita doakan air banjir di negeri-negeri terjejas segera surut dan keadaan kembali pulih seperti biasa.
Sumber: X @khairulaming