in

Khairuddin: KKM Baru Tahu Menteri Ingkar Kuarantin Minggu Lepas Tapi Netizen Pelik Kompaun Dah Dibayar 7 Ogos Lalu?

Collage 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kes Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali gagal patuhi arahan kuarantin selepas pulang dari Turki didedahkan, orang ramai masih tak putus-putus bercakap soal ini lebih-lebih lagi bila menteri ini hanya dikompaun RM1,000 disebabkan kesalahannya itu.


Walaupun Khairuddin telah pun meminta maaf dan mendermakan gaji empat bulan kepada tabung Covid-19 KKM, ramai rakyat berpendapat menteri ini patut menerima hukuman yang lebih keras.

Sombong

Ketika sidang media perkembangan kes Covid-19 semalam, Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan yang pihaknya hanya tahu mengenai kes ini pada minggu lepas selepas seorang wartawan menanyakan soalan mengenai kompaun RM1,000 terhadap menteri tersebut.

Kami hanya diberitahu minggu lepas. Benda pertama yang kami buat adalah menjalankan siasatan dalaman. Sebab ini, penting untuk frontliners yang menjalankan tugas untuk memberitahu orang atasan mengenai perkara ini.”

81587428026 Tbnoorhishamabdulla

Dr Hisham turut memberitahu yang pihaknya telah pun menyerahkan perkara ini kepada pihak polis dan mengharapkan siasatan yang mendalam dilakukan dan laporan mengenai kes ini dikeluarkan kelak.

Manakala netizen pula pelik kerana sebelum ini sebuah kenyataan dari KKM telah dikeluarkan mengatakan bahawa Khairuddin telah pun dikompaun pada 7 Ogos lalu dan kompaun tersebut telah dibayar pada hari yang sama.

Screenshot 2020 08 26 At 9.53.26 Am Down

Hm…

 

Baca: “Drebar lori sayur hari-hari ke Singapura tak kena kuarantin” – Ada Pemimpin Politik Pertahan Menteri Tidak Kuarantin

Takkiri

Sumber: Info Rakyat
Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.