in

“Ketuk ketampi, dipukul dengan penyapu” – Polis Terima Laporan Fasilitator Kem Motivasi Kasari Murid

Kem Motivasi Abusive

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak mereka ke kem-kem motivasi bagi menaikkan keyakinan dan menjadikan anak-anak lebih berdikari.

Kem motivasi ini biasanya dianjurkan oleh pihak sekolah atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkenaan.


Pun begitu, baru-baru ini polis menerima empat laporan daripada ibu bapa murid yang mendakwa anak mereka dikasari ketika menghadiri sebuah kem motivasi di Serdang, Selangor.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A. Anbalagan memberitahu, pihaknya telah menerima laporan pada Selasa lepas berhubung dakwaan murid dikenakan tindakan fizikal.

Img 0040
Gambar hiasan

Difahamkan, pelajar-pelajar itu dikatakan disembur dengan air di tengah padang sekolah dengan hanya berseluar dalam, dihukum melakukan ketuk ketampi hanya kerana berbual serta dipukul dengan penyapu.

A.Anbalagan bagaimanapun memberitahu siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.

“Semua pihak termasuk penganjur kem motivasi akan dipanggil bagi membantu siasatan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sebelum ini, terdapat sebuah portal melaporkan dalam 60 orang murid tahun lima menghadiri kem dua hari dikendalikan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), namun mereka pulang ke rumah dalam keadaan lemah dan menangis selepas menyertai kem motivasi tersebut.

Baca: Netizen Bengang Tengok Individu Dera Kanak-Kanak, Kena Tampar Dan Cubit Sampai Terangkat!

Penderaan Kanak Kanak Indonesia 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.