in

Ketua Staf Markas Angkatan Bersama Didakwa Salah Guna Tabung Tentera RM5 Juta

Syaz Ft 2026 01 30T113207.430

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan pecah amanah melibatkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) berjumlah RM5 juta, tiga tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 56 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.


Artikel berkaitan: Lamborghini & Rasuah RM5 Juta, Bekas Menteri Disiasat SPRM

Artikel berkaitan: Perbicaraan Tuduhan Kes Pecah Amanah Vivy Yusof & Suami Bermula 13 April 2026

“Faham dengan pertuduhan tersebut, saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” katanya.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohamed Fauzi didakwa semasa memegang jawatan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) serta Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan TKAT, telah diamanahkan kawalan terhadap wang milik tabung kebajikan berkenaan berjumlah RM5 juta yang disimpan dalam akaun sebuah bank.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan kesalahan pecah amanah jenayah dengan menyalahgunakan wang tersebut melalui pelaburan tambahan ke dalam sebuah syarikat tanpa kelulusan Jawatankuasa Pelaburan TKAT.

Kesalahan itu didakwa berlaku di Kementerian Pertahanan Malaysia, Jalan Padang Tembak, Kementah di sini pada 27 November 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, serta sebatan dan denda sekiranya sabit kesalahan.

Terdahulu, Mohamed Fauzi pernah mengetuai upacara pelepasan pasukan Operasi Bantuan Kemanusiaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Myanmar susulan gempa bumi yang melanda negara itu pada 28 Mac tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.