in

“Ketika otak ada di atas, seolah ada bertindak seperti di lutut” – Pembaca Berita Bagi Komen ‘Pedas’ Isu Kompaun RM 50K

Fi News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa hari ini, hangat menjadi bualan apabila kisah tentang seorang peniaga burger yang dikompaun oleh pihak berkuasa sehingga mencecah RM 50k kerana kesalahannya berniaga lebih dari masa ditetapkan.


Belum reda dengan kisah itu, tambah pula dengan kejadian yang sama apabila seorang peniaga colek dan mee celup turut dikompaun dengan nilai sebegitu pada hari yang sama.

 

Kompaun RM 50k akan diteliti semula

Perkara tersebut telah membuka mata ramai pihak kerana disifatkan sebagai tidak adil untuk peniaga-peniaga kecil itu. Tambahan lagi, mereka hanya berniaga di depan rumah masing-masing.

Dalam masa yang sama, para selebriti tanah air turut terkejut dengan kisah itu dan ada yang mengambil inisiatif untuk membantu membayarkan kompaun peniaga-peniaga tersebut.

Menurut AWANI, pihak polis menyatakan bahawa kompaun tersebut akan diteliti semula mengikut garis panduan ditetapkan.

Pembaca berita lepas geram

Ketidakpuasan hati terhadap kejadian itu turut dinyatakan oleh pembaca berita Luqman Hariz, dalam berita secara langsung malam tadi.

Dia menyifatkan tindakan tersebut seperti meletakkan ‘otak di lutut’ kerana, memikirkan nasib peniaga tersebut yang menanggung lebih daripada 10 orang isi rumah untuk diberi makan.

Klip tersebut menjadi tular apabila dikongsikan melalui akaun Twitter @zulhelmikhari yang sehingga kini meraih hampir 500k views, dan lebih dari 28k likes.

 

Pembaca berita macam ni yang kita nak!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpuas hati dan setuju dengan kenyataan pemberita tersebut. Ada juga yang menyifatkan bahawa dia menyampaikan segala rasa kesal dialami oleh rakyat ketika ini.

Rak News 2 Edit

Reak News 1 Edit

Reak News 3 Edit

Reak News 4 Edit

Makan dalam betul ayat pembaca berita tu, kita harapkan semoga segala urusan peniaga itu dipermudahkan.

Sumber : Twitter, AWANI

 

Baca : “Nilai kompaun diteliti semula” – Selain Abang Burger Ada 2 Lagi Pemilik Kedai Kena Kompaun 50K Hari Yang Sama

Ft Kompaun50K

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.