in

“Ketika Anwar jumpa Agong, saya sibuk bincang isu Covid-19” – PM Tak Kisah Apa Anwar Buat, Yakin Dengan Kebijaksanaan YDPA

Apa Kata Abah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengadap Agong semalam dan kini seluruh rakyat Malaysia tertanya-tanya dan ternanti-nanti apakah yang akan berlaku selepas ini.


Anwaragong

Menurut MalaysiaGazette, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya tentang pertemuan itu berkata beliau tidak mengikuti perkembangan Ketua Pembangkang tersebut kerana fokusnya kini hanya untuk membincangkan isu Covid-19. Selain itu, beliau juga percaya dengan kebijaksanaan YDPA untuk membuat keputusan.

Ketika Anwar jumpa Agong, saya sibuk buat video conferencing dengan pihak tertentu mengenai Covid-19.”

Whatever the decision being made… my focus is not about that. Ketika Anwar jumpa Agong, saya sibuk melakukan video conferencing dengan pihak tertentu mengenai Covid-19. Itu fokus saya.”

Saya serahkan pada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong. Baginda ada cara dan kaedah tersendiri untuk memutuskan perkara ini selaras peruntukan Perlembagaan. Kita perlu beri kepercayaan kepada baginda untuk membuat keputusan.”

Fokus utama saya adalah soal menguruskan negara. Saya masih berada di sini sebagai Perdana Menteri, justeru tugas dan amanah ini perlu terus saya laksanakan. Keutamaan saya adalah menguruskan masalah COVID-19 dan ekonomi.”

Abah

Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menegaskan beliau tidak mahu bercakap banyak tentang politik dalam keadaan negara sedang dilanda penularan wabak Covid-19 ketika ini.

Selain itu, beliau juga bimbang dengan pandangan rakyat sekiranya beliau bercakap tentang isu politik dan Anwar walhal rakyat masih terbeban dengan pandemik ini.

Baca: “Beliau tak kemukakan senarai nama untuk mengukuhkan dakwaan tersebut” – Istana Negara

121273760 210574470417104 353449455981781060 N

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.