in

“Kesian lah frontliner baru nak berehat” – 17 Kelasi Warga Asing Bangga Pakai ‘Tag Pink’ Siap Pergi Beli Belah Di Labuan

Kovid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru beberapa hari lepas, kecoh isu ‘makcik gelang pink’ yang gambarnya tular mengunjungi sebuah kafe pada 6 Julai lepas, hari ini pula tersebar berita mengenai 17 kelasi warga asing yang katanya melanggar SOP kuarantin di Labuan.


Menurut Astro AWANI, seramai 17 kelasi warga asing ini telah melanggar syarat kuarantin dengan membeli belah di sebuah pasar raya besar dekat Labuan. 

81595425461 Gelang

 

Kelasi dikompaun RM1,000 lepas gambar tular di WhatsApp 

Akibat daripada perbuatan tersebut, 17 kelasi ini telah dikompaun RM1,000 dan membayarnya selepas siasatan kes dilakukan mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Kejadian ini katanya mula mendapat perhatian ramai apabila tular foto di aplikasi WhatsApp menunjukkan 17 kelasi tersebut memakai ‘gelang kuarantin’ sedang membeli belah di sebuah pasar raya dekat Labuan. 

Kuaran 1

Kuaran 2

Pengarah Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, laporan mengenai tindakan mengingkar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) itu diterima beberapa minit selepas mereka dikesan membeli barangan makanan di pasar raya tersebut.

“Kami segera menjalankan siasatan dan mendapati mereka melanggar HSO dengan mengunjungi premis perniagaan dan berada di tempat awam ketika masih di bawah arahan kuarantin.

“Semalam, mereka menjalani kuarantin hari ke-12 di beberapa hotel yang diwartakan dan dijadual menjalani ujian COVID-19 kedua pada hari berikutnya,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Ismuni juga menasihatkan orang ramai supaya jangan tanggalkan gelang tangan tag kuarantin serta mematuhi PKPP kerana pandemik ini masih belum berakhir.
Jangan dek kerana sikap pentingkan diri kita, orang lain pula terkena padahnya… 

Baca: “Orang lain yang susah” – Makcik Gelang Pink Disahkan Positif Covid Lepas Buat Saringan Kali Ke-2

 

Makcik

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.