in

“Keseluruhan bernilai RM480,000” – MR D.I.Y Taja 9,000 PPE & 20,000 Mask Untuk Frontliner & Warga Sabah

Diy8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam 1,240 kes positif Covid-19 semalam, 972 kes daripadanya datang dari Sabah. Ia sekaligus mencetuskan kebimbangan dan perlindungan diri yang lebih ketat harus dilakukan bagi membendung wabak ini daripada terus meliar.


Dalam keadaan yang boleh dikatakan terdesak sebegini, sudah semestinya warga Sabah, terutamanya para pekerja barisan hadapan memerlukan perlindungan lebih, memakai PPE untuk menjaga mereka yang disahkan positif.

Apa yang membimbangkan, pastinya lama kelamaan bekalan PPE yang pakai buang ini akan semakin berkurangan dan boleh terputus kerana terlalu banyak digunakan.

 

MR D.I.Y ‘turun padang’ beri bantuan

L1 01 3A To 01 09 L1 17 To 19 Mr. Diy

Disebabkan itu, syarikat kedai yang kini ‘berhantu’ bagi orang ramai iaitu peruncit perkakas terbesar Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y) telah menghantar 9,000 set peralatan perlindungan diri (PPE) dan 20,000 keping pelitup muka ke Sabah semalam (26 Oktober 2020).

Menurut Bernama, keseluruhan alat pelindungan diri ini bernilai RM480,000. Menerusi kenyataannya, MR D.I.Y menjelaskan penghantaran itu adalah langkah meningkat bantuan kemanusiaan kepada barisan hadapan, pasukan bertindak pertama dan kumpulan yang mudah dijangkiti virus Covid-19 di Sabah.

Susulan dengan penghantaran ini, ia membuatkan ramai netizen sanjung dengan mereka ini dan menambahkan lagi keinginan netizen untuk terus menyokong perniagaan mereka.

 

Berbaloi spend duit dekat DIY – Netizen

Diy Diy2 Diy3 Diy4 Diy5 Diy6 Diy7

Baguslah, kita secara langsung dah menyumbang kepada ekonomi negara dan dalam masa yang sama duit yang kita sumbang itulah mereka gunakan untuk beramal.

 

Baca : DIY Rak Baju Guna Bakul RM2.10 Je, Mudah Dan Jimat!

Rak

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.