in

“Keselamatan paling penting” – KJ Janji Malaysia Akan Kaji Kesan Darah Beku Babit Vaksin AstraZeneca Sebelum Digunakan

astrazeneca

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Badan Perubatan Eropah (EMA) semalam melaporkan penemuan terbaru mengenai vaksin COVID 19, AstraZeneca yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kes pembekuan darah yang jarang berlaku kepada penerima vaksin tersebut.

Susulan penemuan itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menerusi tweetnya memberitahu yang Malaysia akan membincangkan mengenai hal tersebut sebelum memutuskan sama ada vaksin terbabit boleh digunakan di negara ini atau tidak. 


Kami ambil maklum pengumuman EMA mengenai vaksin AstraZeneca (AZ). Jawatankuasa Khas Pembekalan Vaksin COVID 19 (JKJAV) akan mempertimbangkan perkara itu dan memutuskan sama ada akan terus menggunakan AZ dalam portfolio vaksin kami. 

“Keselamatan paling penting,” katanya, lapor Malaysian Insight.

Mengulas tweet dari EMA, menerusi pengarah eksekutifnya, Emer Cooke berkata, selepas analisis yang mendalam, kesimpulan dapat dicapai yang kes pembekuan darah dilaporkan berlaku selepas suntikan vaksin AstraZeneca yang ia ‘sepatutnya disenaraikan sebagai kemungkinan kesan sampingan vaksin’.

astrazeneca vaccine epa 030321 full

EMA menerusi laman rasminya dua hari lepas berkata ia mendapati terdapat kemungkinan kaitan antara vaksin tersebut dengan kes ‘sangat jarang berlaku melibatkan pembekuan darah dengan platelet darah rendah’.

Sungguhpun begitu, ia juga menegaskan tentang risiko serta manfaat keseluruhan vaksin AstraZeneca yang mana ia positif.

Menurut Khairy, Malaysia kini masih mempunyai masa untuk memutuskan sama ada akan meneruskan vaksin AstraZeneca atau tidak kerana penghantarannya akan dijadualkan pada Mei nanti.

Negara kita juga memperoleh 6.4 juta dos atau 2 dos bagi setiap satu untuk 3.2 juta orang.

988304

Selain AstraZeneca dan Pfizer BioNTech, vaksin lain yang kita akan peroleh ialah Sinovac dan CanSino dari China dan vaksin Sputnik V yang dibangunkan Gamaleya dari Rusia.

Vaksin ini merangkumi sekitar 83% daripada 26.5 juta penduduk Malaysia dengan harga RM2.05 bilion, menurut Khairy.

Apa-apapun harapnya dapatlah kerajaan kita kaji dengan lebih mendalam mengenai isu ini. 

Baca: Tarikh Temujanji Untuk Vaksin Covid-19 Fasa Ke-2 Akan Dimaklumkan Bermula Hari Ini – KJ

kj

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.