in

“Kesan pada jantung, tumbesaran, rosak organ” – Kanak-Kanak Bawah 18 Tahun Dijangkiti Covid-19 Mungkin Alami Kesan Jangka Panjang

Ft Covidkids

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pakar virologi Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata kanak-kanak berusia 18 tahun dan ke bawah mungkin berdepan kesan jangka panjang seperti tumbesaran dan perkembangan mereka.

Antara yang membimbangkan ialan kesan terhadap jantung, pencapaian akademik dan tahap daya tahan penyakit. Menurut Berita Harian, Dr Sazaly merujuk kepada jangka masa selepas 10 tahun dan ke atas.


Walaupun kanak-kanak ini pulih atau nampak segar, kita belum tahu apa kesan jangka panjang. Maksud saya selepas lima, 10, 20 atau 30 tahun akan datang.”

Mungkin ia boleh menjejaskan pencapaian akademik, merosakkan organ tertentu atau menyebabkan kurang daya tahan penyakit kerana mereka masih dalam fasa pembesaran. Kesan jangka panjang sebeginilah yang kita takuti.”

C4Da0392 6F42 11Ea B0Ed 5E14Cf8Eb9E1 Image Hires 121526

Justeru, beliau berkata jangkitan virus ini dalam kalangan kanak-kanak perlu ditangani dengan serius. Katanya lagi, kajikan mengenai kesan jangka panjang itu juga belum lengkap kerana Covid-19 adalah virus yang baru setahun lebih dikesan serta sifatnya pula bermutasi dengan cepat.

Bagaimanapun, ada laporan di Amerika Syarikat yang menyatakan meskipun seseorang itu dijangkiti Covid-19 dengan gejala ringan, ia akan memberi kesan kepada jantung.

Di AS, data-data menunjukkan atlet yang dijangkiti sudah tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Dijangkakan ada jangkitan jantung yang tak dapat dikesan sebelum ini.”

Jadi ingatan saya kepada ibu bapa, jika anda sayangkan anak-anak, lindungilah mereka. Jangan dedahkan diri kepada risiko jangkitan.”

Budak

Sementara itu, pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Yahya Mat Arip pula berkata antara kesan jangka panjang terhadap kumpulan ini adalah penyakit berkaitan respiratori yang mungkin berlarutan seumur hidup.

Katanya ia kerana sasaran serangan utama virus ini adalah sistem pernafasan dan daya tahan penyakit golongan bawah 18 tahun belum berkembang sepenuhnya sebagaimana orang dewasa.

Kalau paru-paru ada kerosakan seperti berparut, ia akan menjejaskan fungsi ‘mengangkut’ oksigen dan karbon dioksida.”

Namun ia bergantung kepada daya tahan individu kerana kemampuan setiap orang berbeza-beza. Contohnya penyakit lelah dalam kalangan kanak-kanak, kalau tidak dijaga elok akan berlarutan sehingga tua tetapi ada juga yang berjaya pulih apabila meningkat dewasa.”

Covid

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, semalam memaklumkan sebanyak 82,341 kes Covid-19 dikesan dalam kalangan individu di bawah usia 18 tahun bagi tempoh antara 25 Januari hingga 30 Mei lepas.

Dalam jumlah itu, sebanyak 19,851 kes membabitkan bayi berusia bawah empat tahun manakala 8,237 kes merangkumi kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun.

Baca: “Patut jadi wake up call” – Lebih 40,000 Kanak-kanak Positif, Ismail Sabri Minta Ibu Bapa Sedar Bahaya Covid

Collage 43

Sumber: SCMP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.