in

Kes Rohana Ditinggalkan Ibu & Dibesarkan Warga Emas Cina, PM Bakal Hubungi JPN

Page Rohana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dapat dinafikan, zaman sekarang taraf kewarganegaraan sangat penting di negara kita. Ini kerana, segala urusan rasmi yang berkaitan memerlukan dokumen-dokumen penting seperti sijil lahir, kad pengenalan dan sebagainya.


Namun, baru-baru ini telah tular di media sosial selepas pendedahan seorang gadis berusia 22 tahun iaitu Rohana Abdullah mengalami kesukaran untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa disebabkan sejarah hidupnya.

Rohana ketika ditemubual Harian Metro, memberitahu bahawa dirinya ditinggalkan oleh ibunya yang merupakan warganegara Indonesia sejak bayi menyebabkan dirinya masih tidak mempunyai kad pengenalan diri dan masih tidak mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia.

“Saya memang ditinggalkan di sebuah tadika semasa berusia dua bulan tapi saya ada bukti sijil lahir yang menunjukkan saya lahir di Malaysia” – Rohana

Sepanjang 22 tahun, Rohana dijaga dan dibesarkan oleh Chee Hoi Lan yang merupakan seorang bekas guru tadika. Bukan itu sahaja, Chee Hoi Lan juga mengikut cara Islam sepenuhnya sepanjang Rohana berada di bawah jagaannya.

PM akan hubungi JPN untuk bantu Rohana

Selepas menjadi buah mulut netizen sehingga ke hari ini, kes Rohana itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri yang mana terus menghubungi pihak Rohana untuk medapatkan penjelasan lanjut.

Menurut Sinar Harian, Ismail Sabri akan segera menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membantu Rohana menyelesaikan masalah yang menghantui dirinya. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ismail Sabri menerusi panggilan bersama Rohana.

Semoga urusan adik Rohana Abdullah dipermudahkan ??, sejak tular semalam, PM terus hubungi Rohana untuk membantu.

Posted by Asyraf Afnan Ahmad Murtadza on Sunday, January 16, 2022

“Hari Isnin nantilah saya akan ke Pejabat Pendaftaran, lepastu kalau ada apa-apa nanti pegawai saya akan hubungi awak” – PM Ismail Sabri kepad Rohana

Kedengaran juga di hujung perbualan tersebut, Rohana meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kerana Ismail Sabri sendiri sudi untuk membantu dirinya serta menghubungi dirinya secara terus selepas beritanya meluas di media sosial.

Min harap semuanya dimudahkan untuk Rohana… Semoga bantuan yang diberikan dapat menyelesaikan semua masalah awak…

Baca: “Saya mahu ibu saya!” – Kanak-Kanak 5 Tahun Ditinggalkan Berseorangan Lepas Ibu Bapa ‘Settle’ Penceraian

Untitled 1 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.