in

Kes Polis Tembak Isteri: PDRM Siasat Kemungkinan Suspek Ambil Dadah

Kes Polis Tembak Isteri Kemungkinan Dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes melibatkan anggota polis berpangkat Lans Koperal yang disyaki menembak mati isterinya lebih lima das di sebuah rumah dekat Simpang Empat, Kangar, Perlis pada Ahad lepas masih lagi dalam siasatan polis.


Terbaru semalam, polis melaporkan yang mereka akan menyiasat semua aspek termasuk kemungkinan berlaku penyalahgunaan dadah oleh anggota polis berkenaan, lapor Harian Metro.

Rumahtembak 1678068745

Menurut Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, perkara tersebut masih dalam siasatan pihaknya dan suspek yang ditahan juga sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Perkara itu (dakwaan penyalahgunaan dadah) sedang dalam siasatan,” katanya.

Bawa pulang senjata api kerana dalam tugasan operasi 

Dalam pada itu, Surina juga menjelaskan bahawa segala prosedur operasi standard (SOP) mengenai suspek membawa senjata api pulang ke rumah telah dipatuhi pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop juga menjelaskan suspek membawa senjata api pulang kerana masih dalam tugasan operasi.

Bh5Bendang2 1678082837

Walaupun waktu bertugas sudah tamat tetapi suspek masih berada dalam tempoh operasi jadi itu membolehkannya membawa pulang senjata apinya itu pulang ke rumah.

“Malah, suspek juga mempunyai kebenaran daripada ketuanya untuk membawa senjata api itu,” jelasnya.

Suspek yang juga bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perlis itu kini ditahan reman selama tujuh hari hingga 12 Mac ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca: “Menangis tanpa sebab” – Mak Mentua Dedah Lans Koperal Tembak Isteri Alami Kemurungan

Ft Mak Mentua Polis Tembak Isteri

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.