in

Kes Dunia Lebih 17 Juta, Covid-19 Bakal “Menghantui” Kita Berdekad Lamanya – WHO

Gambar Hiasan 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Covid-19 telah berjaya menakutkan seluruh dunia dengan angka kes kematian yang agak dasyat. Jika diikutkan sejarah, Covid-19 ini bermula di Wuhan, China dan pada 11 Januari kematian disebabkan wabak itu dilaporkan. Sehingga kini, angka kes di seluruh dunia sudah mencecah lebih 17 juta sejak penularan itu bermula.


Menurut data John Hopkins University, sebanyak tiga negara mencatatkan lebih satu juta kes iaitu Amerika Syarikat (4.6 juta), Brazil (2.7 juta) dan India (1.7 juta). Dan sebanyak 682,931 kematian telah dicatatkan secara global dengan angka tertinggi melibatkan negara AS (154,320), Brazil (93,563) dan Mexico (46,688).

52700252 303

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom berkata wabak pandemik yang jarang berlaku ini bakal dirasai untuk berdekad lamanya.

“Pandemik ini merupakan krisis kesihatan sekali dalam seabad. Kesannya akan dapat dirasai berdekad akan datang,” 

“Banyak negara yang percaya mereka telah melepasi fasa terburuk kini bergelut dengan penularan baru.

“Beberapa negara yang kurang terkesan pada minggu-minggu terawal kini menunjukkan peningkatan kes dan kematian manakala negara yang mengalami penularan besar mula terkawal,” 

Namun begitu, WHO sebelum ini turut pernah dikritik keras kerana memerlukan masa lama untuk mengisytihar kecemasan antarabangsa. Amerika Syarikat (AS) yang menuduh organisasi itu terlalu rapat dengan China, secara rasmi mula menarik diri dari WHO pada Julai lalu.

WHO turut dikecam hebat atas saranan yang dianggap terlambat atau bertentangan, khususnya mengenai pemakaian pelitup muka atau cara penularan virus.

Baca: 239 Saintis Seluruh Dunia Dakwa Covid-19 Boleh Tersebar Melalui Udara, Tapi WHO Kata Sebaliknya

Capture 4

Sumber: Google Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.