in

Kes Bunuh Surya: Siasatan Awal Tunjuk Suspek Lakukan Jenayah Sendiri Tapi…

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam beberapa tangkap layar WhatsApp yang tular di media sosial mengenai pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, ada yang mengatakan suspek tak lakukan pembunuhan tersebut sendiri dan ada yang menolongnya.


Pun begitu, menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud, siasatan awal mendapati suspek yang juga rakan baik mangsa dipercayai melakukan jenayah tersebut bersendirian, lapor Harian Metro.

A8B599C9 3Fcd 4A15 Ab35 6107A7605F89 1604377498

Kesimpulan ini dibuat selepas pihak polis meneliti rakaman CCTV yang terletak berhampiran dengan rumah mangsa.

Namun, memandangkan siasatan pembunuhan ini masih di peringkat awal, pihak polis belum boleh sahkan jika ada orang lain yang terlibat dengan pembunuhan ini.

Setakat ini, kita tak boleh sahkan sama ada suspek ada rakan jenayah lain atau sebaliknya kerana siasatan masih di peringkat awal.”

Img 20201102 003649

Pihak polis turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini untuk berhubung dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Mengenai motif kejadian, siasatan awal mendapati ia mungkin berlaku akibat dari perselisihan faham. Tambah lagi, lepas melakukan pemeriksaan, suspek tak memiliki sebarang rekod jenayah lampau malah air kencingnya juga bebas dari dadah.

Macam yang korang tahu, kes bunuh Surya ini telah pun menjadi buah mulut netizen dan pelbagai spekulasi turut dibuat, ekoran ini, Mohd Adli meminta agar spekulasi dan sebaran berita yang tak benar dihentikan.

Jika ada mana-mana pihak yang berdegil, tindakan undang-undang akan diambil kerana menyebarkan berita tidak benar.

 

Baca: “Bengang kena perli” – Suspek Mengaku Bunuh Surya Sebab ‘Panas Hati’ Kena Ejek Paras Rupa & Status Ekonomi Keluarga

Feat2

Sumber: BH
Sumber: Sahih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.