in

Kes Buli Zara Qairina: 5 Remaja Akan Didakwa Rabu Ini

ft remaja buli zara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seramai 5 orang remaja bawah umur akan dituduh di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, Rabu ini berhubungan dengan kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, kesemua remaja terbabit berusia bawah 18 tahun akan dibawa ke mahkamah itu bagi proses pertuduhan.


Artikel berkaitan : Beberapa Suspek Kes Buli Zara Qairina Akan Didakwa – Peguam Negara

Artikel berkaitan : Kes Zara Qairina: Selain Buli, Ada Elemen Pengabaian & Gangguan S*ksual – Menteri Dalam Negeri

“Seramai lima orang akan dituduh pada Rabu ini di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, kerana kesalahan berkaitan kes buli Allahyarham Zara Qairina. Mereka berusia di bawah 18 tahun.”

Screenshot 2025 08 18 170220

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan rasmi telah mengesahkan bahawa pihaknya telah meneliti kertas siasatan polis dan membuat keputusan menuduh beberapa individu yang terbabit dalam kes buli itu berdasarkan keterangan yang ada.

Dalam kenyataan itu, keputusan menuduh suspek bagi kesalahan buli dibuat kerana ia tidak akan menjejaskan prosiding inkues kematian Zara Qairina yang akan dijalankan di mahkamah.

Dalam pada itu, AGC turut menegaskan walaupun pertuduhan kesalahan buli dilakukan, siasatan polis berhubung kematian Zara Qairina tetap diteruskan termasuk prosiding inkues yang sedang berjalan.

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.