Semalam, kita dikejutkan dengan kes pasangan suami isteri telah ditemui meninggal dunia oleh anak mereka sendiri di rumah dekat Taman Mutiara, Jalan Brayun, Sri Aman.
Hari ini, hasil bedah siasat mendapati kedua-dua pasangan itu mengalami kesan luka tikaman pada tubuh.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, bagi mangsa lelaki terdapat 11 kecederaan akibat objek tajam pada bahagian leher dan dada dikesan pada mayat guru besar itu.
Manakala bedah siasat ke atas isterinya pula mendapati terdapat luka tikaman pada bahagian leher.
Sebab kematian mangsa lelaki disahkan sebagai kecederaan di leher dan dada akibat luka tikaman, manakala sebab kematian isterinya disahkan sebagai kecederaan di leher akibat luka tikaman,” katanya dalam satu kenyataan.
Artikel berkaitan: Anak Terkejut Jumpa Ibu Bapa Tidak Bernyawa Dalam Bilik, Dipercayai Dib*nuh
Menurutnya lagi, pakar patologi Hospital Umum Sarawak selesai menjalankan bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa itu semalam.
Oleh itu, katanya hasil siasatan berhubung kes tersebut masih diteruskan secara menyeluruh dan terperinci.
Buat masa ini, seramai 21 orang saksi telah dirakamkan keterangan, yang mana mereka terdiri daripada ahli keluarga, jiran dan rakan sekerja mangsa.
Sumber: Kosmo!
